awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKSB terima dua pengiktirafan MBOR untuk sistem Pengurusan Trafik AI Pintar
Agong lawat dua pusat pembuatan pertahanan teknologi canggih di Abu Dhabi
Peniaga di destinasi pelancongan diingatkan tidak naikkan harga, tipu sukatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perkhidmatan LRT Kelana Jaya kembali beroperasi

Bernama
Bernama
05/01/2023
15:23 MYT
Perkhidmatan LRT Kelana Jaya kembali beroperasi
Operasi perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT) Laluan Kelana Jaya kembali pulih selepas kerja-kerja baik pulih akibat gangguan suis pada landasan selesai pada jam 6.42 petang tadi. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Operasi perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT) Laluan Kelana Jaya kembali pulih selepas kerja-kerja baik pulih akibat gangguan suis pada landasan selesai pada jam 6.42 petang tadi.
Rapid Rail dalam kenyataan memaklumkan fungsi suis landasan itu adalah membolehkan tren menukar laluan dari satu landasan ke landasan bersebelahan.
"Pasukan teknikal telah dikerah sejurus gangguan berlaku bagi menjalankan kerja-kerja baik pulih. Pihak operasi telah mengaktifkan pelan laluan alternatif dengan menggunakan satu landasan," menurut kenyataan itu.
Kejadian pertama yang berlaku pada jam 4.24 petang tadi menyebabkan tren terpaksa dipandu secara manual di antara Stesen KL Sentral dan Stesen Pasar Seni manakala gangguan kedua telah berlaku di antara Stesen Damai dan Stesen Dato' Keramat pada jam 5.26 petang.
Menurut Rapid Rail, perkhidmatan bas perantara telah disediakan bagi menampung jumlah penumpang melibatkan enam stesen iaitu dari Stesen KLCC hingga Stesen Setiawangsa sebagai pengangkutan alternatif.
Kakitangan operasi dan Polis Bantuan juga telah ditempatkan di stesen bagi membantu melancarkan pergerakan penumpang yang terjejas.
Rapid Rail turut memohon maaf kepada penumpang yang mengalami kesulitan susulan kejadian itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#LRT
#LRT Kelana Jaya
#suis landasan LRT
#Stesen KL Sentral
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan