awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Piala Malaysia: Kelantan Red Warrior lengkapkan senarai 16 pasukan
Perancis rancang larang media sosial untuk golongan bawah 15 tahun
Struktur organisasi baharu sokong agenda peralihan tenaga, tingkat penyampaian - ST
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perkhidmatan LRT Kelana Jaya kembali pulih

Bernama
Bernama
29/11/2022
16:07 MYT
Perkhidmatan LRT Kelana Jaya kembali pulih
Perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT) Laluan Kelana Jaya yang mengalami gangguan teknikal petang tadi telah kembali pulih. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT) Laluan Kelana Jaya yang mengalami gangguan teknikal petang tadi telah kembali pulih.
Rapid Rail Sdn Bhd selaku pengendali perkhidmatan dalam satu kenyataan malam ini berkata kerja-kerja membaik pulih komponen yang rosak akibat disambar petir telah selesai dijalankan.
Menurut kenyataan itu setakat pukul10 malam ini, semua operasi tren yang melalui stesen LRT Kerinchi kini beroperasi secara automatik dan normal di kedua-dua hala.
"Pasukan jurutera akan terus memantau kestabilan sistem di kawasan terlibat. Rapid Rail sekali lagi ingin memohon maaf kepada pengguna di atas kesulitan yang dihadapi," menurut kenyataan itu.
Gangguan perkhidmatan LRT Laluan Kelana Jaya berpunca daripada Sistem Keselamatan Hentian Kecemasan Pencerobohan Penumpang (PIES) yang aktif secara tiba-tiba selepas disambar petir di Stesen LRT Kerinchi petang tadi.
Akibat daripada gangguan itu, semua tren yang melalui kawasan berkenaan terpaksa dipandu secara manual, mengakibatkan kelewatan jadual perjalanan dan kesesakan platform berlaku di beberapa stesen.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#perkhidmatan LRT
#LRT Kelana Jaya
#Pulih
#PIES disambar petir
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan