awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Remaja lelaki ditemukan lemas terjatuh dalam sungai di Jeli
Penjenamaan semula Hospital Pakar Pusrawi perkukuh perkhidmatan kesihatan patuh syariah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perkhidmatan monorel Stesen Maharajalela tergendala, gerabak penumpang terbakar

Afiezy Azaman
Afiezy Azaman
24/12/2020
02:32 MYT
Perkhidmatan monorel Stesen Maharajalela tergendala, gerabak penumpang terbakar
Penumpang berjaya dibawa keluar dari gerabak oleh petugas Stesen Monorel sebelum anggota bomba tiba. - Foto JBPM Kuala Lumpur
KUALA LUMPUR:Perkhidmatan monorel di Stesen Maharajalela tergendala pagi ini susulan kebakaran yang berlaku di bahagian hadapan monorel tersebut dan sebuah gerabak penumpang.
Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Kuala Lumpur, seramai 21 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Hang Tuah dan BBP Pudu digerakkan ke lokasi kejadian pada 7.27 pagi.
“Setibanya anggota di lokasi mendapati kebakaran melibatkan gerabak penumpang di Stesen Monorel Jalan Maharajalela menghala ke KL Sentral.
“Kesemua penumpang berjaya dibawa keluar oleh petugas stesen monorel secara selamat dari gerabak tersebut sebelum anggota bomba tiba,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Kebakaran berjaya dipadamkan sepenuhnya pada 8.56 pagi.
Punca kebakaran masih disiasat.
Sementara itu, Rapid KL menerusi laman Facebook mengumumkan, buat masa ini tiada perkhidmatan kereta api antara stesen KL Sentral dan Maharajalela.
"Penumpang dinasihat menggunakan pengangkutan alternatif.
"Pasukan teknikal kami berada di tapak kejadian menyiasat kejadian kereta api tergendala," tambahnya.
Pihak itu turut menyediakan perkhidmatan van ulang alik percuma bagi mengangkut penumpang dari stesen KL Sentral, Tun Sambanthan dan Maharajalela.
Sumber Facebook myrapid
Topic Berkaitan
#Kuala Lumpur
#bomba
#JBPM
#Stesen Maharajalela
#Jabatan Bomba dan Penyelamat
#BBP
#penumpang
#gerabak
#monorel
#JBPM Kuala Lumpur
#bomba Hang Tuah
#bomb Pudu
#Stesen Monorel Jalan Maharajalela
#tergendala
#kebakaran
#shutle van
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan