awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis kenal pasti semua 40 mangsa kebakaran bar di pusat peranginan ski Switzerland
AS tidak akan mentadbir Venezuela, tetapi akan beri tekanan perubahan melalui sekatan minyak
Mayat jurulatih bola sepak Sepanyol ditemukan selepas tragedi kapal di Indonesia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perkhidmatan teksi di LTAK beroperasi semula 6 petang ini

Anthea Yap
Anthea Yap
08/01/2018
08:55 MYT
Perkhidmatan teksi di LTAK beroperasi semula 6 petang ini
Lebih 200 pemandu teksi di sekitar bandar Kuching mogok mengadakan perhimpuan aman membantah Uber dan Grab yang didakwa menyebabkan punca utama mereka hilang pendapatan di sini. - Foto Astro AWANI
Malaysia Airport Holdings Berhad (MAHB) memberi jaminan bahawa perkhidmatan teksi di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK) akan beroperasi semula pada jam 6 petang hari ini.
Pengurus Kanan (LTAK), Mohd Nadzim Hashim dalam satu kenyataan hari ini berkata pihaknya sudah berkomunikasi dengan beberapa pihak berkuasa bersama dengan wakil pemandu teksi berikutan lanjutan mogok kumpulan pemandu teksi di sini.
"Kami telah berkomunikasi dengan pihak berkuasa tempatan, pengendali teksi lapangan terbang dan persatuan mengenai perkara ini kerana ia memberi kesulitan yang besar kepada penumpang kami.
"Persatuan telah memberitahu kami bahawa perkhidmatan teksi akan disambung semula pada jam 6 petang hari ini", katanya di sini.
Sementara itu, Mohd Nadzim juga menasihati supaya penumpang LTAK yang ingin menggunakan perkhidmatan teksi membuat alternatif pengangkutan untuk perjalanan ke destinasi masing-masing.
Beliau juga memberi keyakinan bahawa operasi jadual penerbangan di LTAK berjalan secara normal.
"Penumpang di lapangan terbang boleh meminta bantuan dari kakitangan LTAK jika mereka memerlukan maklumat mengenai pengangkutan alternatif," katanya.
Lebih 200 pemandu teksi di sekitar bandar Kuching mogok mengadakan perhimpuan aman membantah Uber dan Grab yang didakwa menyebabkan punca utama mereka hilang pendapatan di sini.
Pemandu teksi terbabit juga berkumpul di perkarangan Dewan Undangan Negeri (DUN) seawal 9 pagi tadi untuk menyerahkan petisyen kepada Pejabat Ketua Menteri Sarawak yang diserahkan kepada Setiausaha Sulit kepada Ketua Menteri, Ahmad Hazlan Ismawi.
Topic Berkaitan
#Ahmad Hazlan Ismawi
#Dewan Undangan Negeri
#Kuching
#Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching
#ltak
#MAHB
#Malaysia
#operasi
#penerbangan
#teksi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan