awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] MB Perlis umum letak jawatan secara sukarela
Perspektif, cadangan rakyat untuk perkasa bantuan SARA 2026
Tun Mahathir gesa kerajaan perhebat bantuan untuk mangsa banjir Aceh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perkhidmatan van di PPS Masjid Putra Heights ditamatkan

Bernama
Bernama
13/04/2025
23:00 MYT
Perkhidmatan van di PPS Masjid Putra Heights ditamatkan
Inisiatif di bawah program Prasarana Prihatin ini melibatkan penggunaan 10 buah van, dengan penglibatan seramai lebih kurang 50 orang petugas merangkumi kapten bas dan pegawai pengawal trafik. - fotoBERNAMA
KUALA LUMPUR: Perkhidmatan van Rapid KL On-Demand percuma yang disediakan untuk mangsa insiden kebakaran paip gas di Putra Heights ditamatkan semalam berikutan penutupan pusat penempatan sementara (PPS) di Dewan Masjid Putra Heights.
Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) dalam kenyataan memaklumkan sejak mula beroperasi pada 3 April lepas, perkhidmatan itu memberi manfaat kepada lebih 1,100 orang terdiri daripada mangsa, sukarelawan serta agensi kerajaan.
Menurut Prasarana pihaknya telah menyediakan kemudahan pengangkutan dari PPS ke kawasan kediaman sekitar Putra Heights, Kampung Puchong Tengah dan Kampung Kuala Sungai Baru bagi mangsa mendapatkan barangan keperluan mahupun dokumen penting selain membantu kerja-kerja pembersihan.
"Inisiatif di bawah program Prasarana Prihatin ini melibatkan penggunaan 10 buah van, dengan penglibatan seramai lebih kurang 50 orang petugas merangkumi kapten bas, pegawai pengawal trafik kanan, pasukan penguatkuasaan dan anggota polis bantuan yang telah ditugaskan bagi memastikan operasi berjalan lancar tanpa gangguan," menurut kenyataan itu.
Kenyataan itu menyebut Prasarana turut menyediakan perkhidmatan penghantaran pelajar ke sekolah menggunakan lima van khas yang beroperasi setiap hari mulai Isnin hingga Jumaat lepas ke 19 sekolah di sekitar Putra Heights, USJ, Seafield dan Shah Alam.
Inisiatif yang telah memberi manfaat kepada 103 pelajar dalam memastikan pendidikan mereka tidak terjejas itu mendapat sambutan positif ibu bapa dan penjaga, menurut Prasarana.
Operasi PPS di Dewan Serbaguna Masjid Putra Heights yang dibuka bagi menempatkan mangsa insiden kebakaran saluran paip gas di Putra Heights yang berlaku 1 April lepas, ditutup sepenuhnya 2.30 petang semalam.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#van Rapid KL
#Masjid Putra Heights
#PPS
#kebakaran paip gas Putra Heights
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan