awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
AstroBIZ: Brew Nation Kitchen lebih bergaya bersama Astro BizOne
Bekas PM Bangladesh Khaleda Zia meninggal dunia
AFCON: Tuan rumah tamatkan peringkat kumpulan dengan kemenangan bergaya
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Perkongsian Jumaat' oleh The Pocket Rocketman

Bernama
Bernama
05/02/2021
08:38 MYT
'Perkongsian Jumaat' oleh The Pocket Rocketman
Mohd Azizulhasni Awang mengajak seluruh umat manusia agar mengambil iktibar daripada penularan pandemik COVID-19. - Gambar Instagram @AZIZULHASNIAWANG
KUALA LUMPUR:Kesihatan kekayaan sebenar. Itu antara lima perkara boleh diambil iktibar, impak daripada penularan pandemik COVID-19 yang melanda dunia serta umat manusia, menurut jaguh berbasikal trek negara, Mohd Azizulhasni Awang.
Bekas juara dunia dan pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik Rio 2016 itu menitipkan kata-kata nasihat dan peringatan tersebut melalui 'Perkongsian Jumaat' beliau, menerusi video di akaun Instagram rasminya @azizulhasniawang hari ini.
Menurut Mohd Azizulhasni, 33, perkara pertama yang boleh dipelajari dalam situasi berdepan ancaman COVID-19 adalah hidup itu hanya sementara, diikuti pekerjaan sesuatu yang tidak tetap dan kesihatan adalah kekayaan sebenar.
Perkara keempat, sentiasalah menyimpan duit sambil beliau mengingatkan perlu mempunyai simpanan untuk waktu kecemasan dan terakhir, Allah Maha kuasa ke atas segalanya.
Allah maha mengubah segalanya, Allah Ar-Rahman dan Ar-Rahim, Maha pengasih dan Maha penyayang, kata Olahragawan Kebangsaan Anugerah Sukan Negara (ASN) pada 2009, 2010 dan 2017 itu.
'The Pocket Rocketman' kini dalam persediaan memburu emas Olimpik sulung negara di Tokyo pada Julai depan, selepas mengakhiri musim 2020 penuh bergaya dengan meraih pingat emas acara keirin pada Kejohanan Berbasikal Trek Kebangsaan Australia 2020 di Brisbane, Disember lepas. - BERNAMA
View this post on Instagram
A post shared by Azizul | Awang (@azizulhasniawang)
Topic Berkaitan
#Mohd Azizulhasni Awang
#Azizulhasni Awang
#jaguh berbasikal trek negara
#Perkongsian Jumaat
#kesihatan kekayaan sebenar
#Olahragawan Kebangsaan
#The Pocket Rocketman
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan