awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ratu cantik Malaysia angkat pendidikan kanak-kanak terpinggir
PBB gesa lebih banyak negara terima pesakit Gaza selepas sempadan Rafah dibuka semula
PM Anwar arah AKPS perhebat operasi banteras kegiatan e-waste haram
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Perkukuh perpaduan pelajar di perantauan' - WeMalaysia Australia

Wan Syamsul Amly
Wan Syamsul Amly
11/07/2016
06:13 MYT
'Perkukuh perpaduan pelajar di perantauan' - WeMalaysia Australia
Muhammad Ali (tiga dari kiri) berkatapelajar Malaysia di luar negara perlu sentiasa bersyukur dengan situasi negara kita yang sentiasa aman. - Gambar WeMalaysia Australia
Pelajar Malaysia di luar negara disaran memperkukuh perpaduan serta sentiasa saling berinteraksi demi jaminan keharmonian masyarakat secara keseluruhannya.
Pengerusi Gerakan WeMalaysia Australia Muhammad Ali Halim Sirat berkata, pelajar Malaysia di luar negara perlu sentiasa bersyukur dengan situasi negara kita yang sentiasa aman.
"Kita sentiasa berdoa Malaysia dalam keadaan aman dan tetap melahirkan simpati kepada negara-negara yang lain sedang bertarung dengan isu kemiskinan, pengangguran, peperangan dan bencana alam.
"Kemakmuran negara bukan sahaja dapat dinikmati oleh rakyat Malaysia malah limpahannya turut dirasai oleh rakyat negara asing.
"Justeru, sambutan Aidilfitri di luar negara berupaya mengalakkan nilai-nilai murni dalam menerap rasa muhibah, hormat menghormati dan toleransi seterusnya membentuk kesejahteraan dan kemakmuran hidup," katanya kepada Astro AWANI di sini hari ini.
Katanya, majlis jamuan hari raya yang diadakan pada 7 Julai lepas merupakan anjuran Persatuan Pelajar Malaysia Queensland (PPMQ) dengan kerjasama #WeMalaysia Australia.
"Ia merupakan inisiatif mahasiswa dan mahasiswi Malaysia di Queensland, Australia. Ia bagi menyuburkan semarak Syawal di kalangan pelajar Malaysia pelbagai kaum.
"Usaha murni ini bertujuan meraikan syawal bersama pelajar, keluarga dan anak-anak di perantauan selain memupuk perpaduan pelajar yang berlainan agama dan bangsa melalui pendekatan tema 'Perpaduan Malaysia di perantauan," jelasnya.
Tambahnya, majlis yang diadakan di Guyatt Park, St Lucia berdekatan dengan University of Queensland bertujuan memberi peluang kepada individu dan kumpulan berinteraksi dan berkongsi pengalaman menyambut Syawal di luar negara.
"Semua tetamu dapat menikmati juadah yang beraneka jenis di bumi Ratu (Queensland) sebagai wadah meningkatkan penghayatan perpaduan di kalangan pelajar Malaysia," ujarnya.
Sementara itu, Pengarah program merangkap Presiden Persatuan Pelajar Malaysia Queensland (PPMQ), Mohd Reza Esa berkata, program itu mencetus rasa sayang antara satu sama lain dengan amalan gotong-royong semasa persiapan majlis.
"Selain itu penyediaan bersama-sama juadah raya berupaya mewujudkan permuafakatan dan rasa muhibah masyarakat kita di perantauan," katanya.
Majlis itu turut diserikan dengan pemberian duit raya kepada kanak-kanak yang menetap bersama keluarga di perantauan.
Topic Berkaitan
##WeMalaysia Australia
#Universiti Bond
#Universiti Griffith
#Universiti Queensland
#Universiti Teknologi Queensland
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan