awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tujuh daripada 10 rakyat Malaysia optimistik negara di landasan tepat - Ipsos
Keluarga Altantuya pulangkan semula ganti rugi termasuk faedah kepada kerajaan
FEM 2026: Perlu keseimbangan tangani ‘trilemma tenaga’ – Fadillah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perlis catat lonjakan kes kebakaran terbuka pada Januari 2026

Bernama
Bernama
05/02/2026
10:11 MYT
Perlis catat lonjakan kes kebakaran terbuka pada Januari 2026
Pengarah JBPM Perlis Penguasa Kanan Bomba I Wan Mohd Hamizi Wan Mohd Zin sewaktu acara perbarisan tahunan JBPM Perlis bagi tahun ini di Ibu Pejabat JBPM negeri. - Bernama
KANGAR: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perlis merekodkan 183 kes kebakaran sepanjang Januari tahun ini, meningkat lebih tiga kali ganda berbanding 57 kes dalam tempoh sama tahun lepas.
Pengarah JBPM Perlis Penguasa Kanan Bomba I Wan Mohd Hamizi Wan Mohd Zin berkata peningkatan itu antaranya disebabkan pembakaran terbuka dalam keadaan cuaca panas dan kering pada masa ini yang menyebabkan api mudah merebak.
"Cuaca kering menjadikan kawasan berumput, belukar dan tanah terbiar sangat mudah terbakar malah api juga cepat merebak terutama jika berlaku pembakaran terbuka yang tidak terkawal.
"Daripada jumlah kebakaran yang direkodkan bulan lepas, 137 kes melibatkan kebakaran belukar dan lalang, manakala selebihnya membabitkan kebakaran struktur merangkumi kejadian seperti kebakaran rumah dan premis perniagaan serta lain-lain kebakaran kecil.
"Kebakaran kecil melibatkan insiden seperti kebakaran pada tiang elektrik dan kemudahan awam berskala kecil," katanya pada sidang media selepas perbarisan tahunan JBPM Perlis bagi tahun ini di Ibu Pejabat JBPM negeri di sini hari ini.
Beliau berkata orang ramai dinasihatkan supaya lebih bertanggungjawab dengan tidak melakukan pembakaran terbuka sepanjang cuaca panas ketika ini bagi melindungi keselamatan penduduk serta alam sekitar.
"JBPM Perlis akan terus mempergiat pemantauan serta tindakan penguatkuasaan di kawasan berisiko bagi mengekang peningkatan kebakaran terbuka," katanya.
Sementara itu, Wan Mohd Hamizi berkata purata masa tindak balas JBPM Perlis bagi Januari tahun ini ialah 9 minit 36 saat, iaitu sedikit lebih baik berbanding 9 minit 46 saat yang direkodkan bagi tempoh Januari hingga Disember tahun lepas.
"JBPM Perlis mengendalikan 400 kes kebakaran sepanjang tahun lepas selain 308 operasi penyelamatan dan tiga tugas khas," katanya.
-- BERNAMA
Dapatkan tip menghadapi cuaca panas dan info empangan di sini
Topic Berkaitan
#Perlis
#lonjakan kes
#kebakaran terbuka
#cuaca panas kering
#JBPM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan