awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Remaja lelaki ditemukan lemas terjatuh dalam sungai di Jeli
Penjenamaan semula Hospital Pakar Pusrawi perkukuh perkhidmatan kesihatan patuh syariah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perlis rekod kadar air tidak berhasil tertinggi dalam negara

Bernama
Bernama
23/01/2025
15:05 MYT
Perlis rekod kadar air tidak berhasil tertinggi dalam negara
Perlis merekodkan kadar air tidak berhasil (NRW) tertinggi dalam negara iaitu kira-kira 62 peratus, kata Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negera (SPAN) Charles Santiago. - Foto BERNAMA
CYBERJAYA: Perlis merekodkan kadar air tidak berhasil (NRW) tertinggi dalam negara iaitu kira-kira 62 peratus, kata Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negera (SPAN) Charles Santiago.
Beliau berkata ia diikuti Kedah, Kelantan, Terengganu dan Pahang masing-masing merekodkan NRW sebanyak 50 hingga 58 peratus.
Bagi mengatasi masalah itu, Charles berkata kerajaan melalui Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air serta SPAN sedang melaksana satu pelan besar-besaran.
"Kita sedang meneliti secara terperinci untuk mencari jalan bagi mengurangkan NRW sebanyak mungkin dalam masa paling singkat supaya pendapatan dapat meningkat.
"Kemampanan kewangan pengendali kita bergantung kepada bagaimana kita mengurus dan menyelesaikan isu NRW," katanya pada sidang media selepas pemeteraian Pelan Tindakan Mentransformasikan Perkhidmatan Bekalan Air Perlis di sini hari ini.
SPAN turut memeterai satu pelan tindakan bagi memantau dan membantu Syarikat Air Perlis Sdn Bhd (SAP) mencapai beberapa sasaran penunjuk prestasi utama.
Pelan tindakan itu merangkumi kerjasama untuk mengurangkan NRW, meningkatkan kompetensi modal insan dan perbincangan cadangan projek-projek perbelanjaan infrastruktur (CAPEX).
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Perlis
#kadar air tidak berhasil
#tertinggi
#NRW
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan