awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketua PBB minta semua pihak “bertenang” ketika Honduras menanti keputusan pilihan raya
Dua maut dalam letupan rumah jagaan di Pennsylvania
Pegawai, anggota polis antara 77 penjawat awam ditahan terbabit dadah pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perlu ada jawatankuasa selaras misi bantuan kemanusiaan ke luar negara

Bernama
Bernama
18/02/2025
15:12 MYT
Perlu ada jawatankuasa selaras misi bantuan kemanusiaan ke luar negara
Aminurrahim berkata, penubuhan itu untuk mengawal selia misi kemanusian yang akan memudahkan gerak kerja NGO serta memastikan tidak berlaku sebarang ketirisan. - Bernama
SEPANG: Kerajaan disaran mempertimbangkan penubuhan satu jawatankuasa untuk menyelaras pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang ingin melaksanakan misi bantuan kemanusian di luar negara.
Ketua Pesuruhjaya Angkatan Pertahanan Awam (APM) Datuk Aminurrahim Mohamed berkata, penubuhan itu untuk mengawal selia misi kemanusian yang akan memudahkan gerak kerja NGO serta memastikan tidak berlaku sebarang ketirisan terhadap sumbangan yang diberikan rakyat Malaysia.
"Buat masa ini misi bantuan daripada NGO di Malaysia kebanyakan bersifat ad hoc dan kurang teratur yang memerlukan kita mencari kaedah agar perkara ini boleh dipermudah dan diselaraskan.
"Jika ini diselaraskan dengan baik, kita tahu tidak akan berlaku ketirisan kerana ia diselaraskan oleh kerajaan dan ini juga akan memberi keyakinan kepada rakyat untuk memberi sumbangan yang lebih baik," katanya.
Beliau berkata demikian selepas melepaskan Misi Kemanusian Bina Semula Syria oleh Pertubuhan Kebajikan Serantau Muslim di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur di sini hari ini.
Misi bantuan berkenaan dilaksanakan Serantau Muslim yang juga Pasukan Bantuan Pertahanan Awam (CDA) membantu rakyat Syria membina semula kehidupan selepas konflik melanda negara itu.
Misi diketuai Pengerusi Serantau Muslim Kapten Bersekutu (PA) Mohd Hakim Mohd Nor itu akan menyalurkan bantuan makanan, melaksanakan program sokongan psikologi serta membincangkan pembangunan komuniti wakaf Malaysia.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#NGO
#jawatankuasa
#penyelarasan
#bantuan kemanusiaan
#ketirisan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan