KUALA LUMPUR: Penyedia latihan awam dan swasta serta pihak industri perlu mempunyai kesungguhan dan keazaman bagi memastikan industri dilibatkan sepenuhnya dalam pelaksanaan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), seperti saranan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Setiausaha Agung Pertubuhan Kebangsaan Pekerja Berkemahiran (PKPB), Mohammad Rizan Hassan menjelaskan ketika ini memang terdapat banyak industri yang menjalankan latihan di tempat kerja terutama kepada lepasan sekolah yang memasuki alam pekerjaan dengan kelayakan akademik yang rendah.
Namun jelas beliau, kaedah ini dianggap sebagai latihan kemahiran tidak formal dan menyukarkan pembangunan kerjaya tanpa pensijilan dan pengiktirafan formal kerajaan.
Katanya, Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN), Perantis Industri Menengah Atas (PIMA) dan Teaching Factory (TEFA) merupakan antara program yang pernah diilhamkan dengan penglibatan industri tetapi tidak begitu memberi impak besar memandangkan soal-soal urus tadbir pelaksanaan yang tidak memihak sepenuhnya kepada industri.
"Jika latihan yang dikendalikan industri sepenuhnya ini diformalkan dengan adanya pensijilan dan pengiktirafan tertentu maka ia akan memberi banyak manfaat kepada semua serta mengurangkan kos latihan secara mendadak.
"Ini secara tidak langsung akan mengubah landskap latihan TVET negara yang mana kita akan melihat alam pekerjaan bukan sebagai tempat bekerja dan menerima gaji semata-mata tetapi sebagai pusat latihan, pengembangan bakat dan potensi.
"Sudah tiba masanya kita serius dalam membudayakan pembelajaran sepanjang hayat demi kesejahteraan ekonomi dan sosial bersama," katanya dalam satu kenyataan.
Beliau berkata keazaman ini menuntut komitmen sosial yang tinggi dan semangat nasionalisme terpuji industri agar tidak mementingkan keuntungan semata-mata tanpa menyumbang penuh kepada pembangunan modal insan tangan emas negara.
Pada Khamis, Perdana Menteri berkata, kerajaan mengusulkan supaya kerjasama melibatkan pihak swasta dan kerajaan diwujudkan bagi memperkasakan TVET.
Anwar memaklumkan, beliau mengusulkan dalam mesyuarat Kabinet agar langkah segera diambil untuk pelajar TVET supaya mereka mendapat pekerjaan dengan pendapatan munasabah.
Menurut Perdana Menteri, antara cadangan yang diusulkan ialah untuk syarikat-syarikat swasta dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) seperti Petronas, DRB-HICOM Berhad, Sunway Group dan Berjaya Group melatih pelajar atau mengambil alih pusat TVET di seluruh negara.
Astro Awani
Thu Feb 02 2023
Mohammad Rizan berkata keazaman ini menuntut komitmen sosial yang tinggi dan semangat nasionalisme terpuji industri. - Gambar fail
AWANI Ringkas: Saman Lim Kit Siang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Universiti seluruh dunia jadi hab sokong perjuangan Palestin
Universiti menjadi hab mega aktivisme bagi pelajar mengangkat perjuangan Palestin dan membantah pembunuhan yang sedang dilakukan oleh Israel dengan sokongan sekutunya, Amerika Syarikat.
Ippo Hafiz gagal hadirkan diri kes tuntutan cerai, hak jagaan anak
-Saya dah failkan kes ini pada Februari, harapnya dia datang lah bagi sebutan kes minggu hadapan supaya boleh selesaikan dengan cara yang baik.
Piala Asia: Kazakhstan calar rekod bersih Malaysia
Skuad hoki dalam dewan wanita alami kekalahan pertama di tangan Kazakhstan, 1-5, pada saingan ketiga Kumpulan A.
Pusat Arkeologi Guar Kepah 98 peratus siap, akan dibuka akhir tahun ini
Pembukaan pada akhir tahun itu setelah mengambil kira fasa pemindahan rangka dan artifak Guar Kepah.
MBPP, MBSP diarah periksa pokok tua
Arahan juga dikeluarkan untuk kedua-dua pihak berkuasa tempatan (PBT) itu menjalankan pemeriksaan pokok secara berkala.
Singapura sedia mengalu-alukan PM baharu pada Rabu
Lawrence Wong, 51, akan menggantikan Lee Hsien Loong, 72, yang telah berkhidmat sebagai perdana menteri sejak tahun 2004.
Agong terima menghadap Panglima Tentera Udara, Laut
Sultan Ibrahim turut berkenan mengajukan pelbagai soalan serta pandangan mengenai perkara-perkara berkaitan TUDM dan TLDM.
Akaun Fleksibel: Memahami impak, jangkaan selepas pengeluaran
Pengenalan akaun 3 oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menawarkan kelonggaran kepada pencarum untuk mengeluarkan sebahagian daripada tabungan dalam kadar tertentu bagi tujuan perbelanjaan kecemasan atau saat-saat diperlukan.
Laluan peringkat ke-4 LTdL 2024 diubah
Perubahan laluan itu diputuskan apabila penganjur melengkapkan tinjauan laluan baharu setelah mengambil kira faktor-faktor keselamatan.
Program eUsahawan MDEC jana jualan terkumpul lebih RM1.24 bilion
Program eUsahawan yang diterajui Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) telah menjana jualan terkumpul melebihi RM1.24 bilion di seluruh negara setakat ini.
TVET perlu jadi pencetus perubahan kepada sistem pendidikan negara - TPM
Katanya, kursus TVET perlu dijadikan pilihan utama pelajar dan ibu bapa untuk pendidikan di peringkat tertiari.
Latihan berkaitan AI, TVET harus ditingkatkan supaya negara tidak ketinggalan - PM Anwar
Semua pihak pelaksana terutamanya kementerian diminta memberi fokus melatih golongan anak muda mengenai teknologi kecerdasan buatan (AI) supaya negara tidak ketinggalan.
Pendekatan holistik perlu bagi reformasi pembangunan TVET
Malaysia memerlukan satu pendekatan holistik bagi mereformasikan pembangunan ekosistem Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) sedia ada.
Reformasi pembangunan TVET perlu dibuat secara holistik
Reformasi pembangunan perlu dibuat secara holistik membabitkan ekosistem Pendidikan TVET sedia ada di Malaysia, kata Presiden Yayasan Mahir Malaysia, Datuk P Sri Ganesh.
JAIM bakal perkenal Pusat Tahfiz TVET, tawar kursus selam dasar laut
JAIM bakal menjadikan Maahad Tahfiz Pulau Besar sebagai Pusat Tahfiz Program Pendidikan dan TVET yang turut menawarkan kursus selam dasar laut.
Malaysia berdepan 30,000 kekurangan jurutera, perlu tampung dengan TVET - PM
Program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) akan dipertingkat bagi menampung kekurangan 30,000 jurutera di negara ini.
Banyak usaha Kerajaan Perpaduan bantu masyarakat India - Fahmi
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata banyak usaha dilakukan Kerajaan Perpaduan untuk membantu masyarakat India.
Dana RM30 juta program TVET bukti kerajaan tidak abai masyarakat India - Mitra
Sebanyak RM30 juta yang diperuntukkan bagi Program Khas Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) Masyarakat India (MISI) KESUMA-MITRA.
Lihat TVET, AI dan digital sebagai ekonomi baharu negara – PM Anwar
Dalam memastikan ekonomi negara terus ke hadapan, masyarakat digesa untuk tidak lagi terperangkap dalam stigma lama, atau mudah terpengaruh dengan hasutan-hasutan pihak tertentu.