Golongan muda perlu mempunyai kesedaran politik untuk memahami ancaman militant IS di dalam landskap geopolitik antarabangsa.

Presiden Gerakan Keadilan Sedunia (JUST ), Dr. Chandra Muzaffar berhujah ideologi pelampau menular dalam kalangan golongan muda yang tidak dapat mengimbangi antara sentimen anti ketidakadilan kuasa-kuasa besar dan kefahaman mengenai Islam sebenar.

“Yang penting adalah kejujuran dan beri gambaran yang tepat mengenai Islam dan apa yang tidak boleh dilakukan dalam Jihad mengikut Islam. Begitu juga kesedaran politik perlu ada dalam memahami ancaman IS ini” katanya ketika dihubungi Astro AWANI pada Isnin.