awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kakak bomba antara barisan hadapan operasi kebakaran tanah gambut di Simpang Renggam
Inkues Zara Qairina: Ibu Pelajar A sebak, dakwa anak masih digelar ‘pembunuh’ di sekolah baharu
Penilai bebas sahkan sistem aerotren KLIA berfungsi ikut perancangan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perlu akta khusus kawal caj hospital swasta - Sim Tze Tzin

Farhan Hakimi
Farhan Hakimi
23/12/2024
03:10 MYT
Perlu akta khusus kawal caj hospital swasta - Sim Tze Tzin
Sim berkata, kebanyakan hospital swasta memperoleh keuntungan signifikan sehingga mencecah bilion ringgit, justeru tiada alasan untuk mereka meningkatkan caj perkhidmatan. - Gambar fail/Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Kerajaan perlu menggubal akta khusus untuk mengawal caj rawatan tinggi yang dikenakan kebanyakan hospital swasta.
Menurut Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin, langkah itu penting bagi memastikan kos rawatan ditetapkan pada kadar munasabah.
"Contohnya, sarung tangan, mungkin satu hospital jual RM5 satu pasang, ada juga yang RM10.
"Jadi, ini yang kita pertikaikan sekarang. Kerana, jika tiada pengawalan, mereka boleh caj sesuka hati.
"Ada orang mungkin sekadar sakit perut, tetapi mereka perlu jalani pelbagai ujian. Ini yang menyebabkan kos perubatan meningkat," katanya.
Sim berkata demikian ketika ditemu bual dalam program AWANI Pagi hari ini.
Katanya, kebanyakan hospital swasta juga memperoleh keuntungan yang signifikan sehingga mencecah bilion ringgit.
Justeru, jelasnya, tiada alasan untuk hospital swasta meningkatkan caj perkhidmatan.
"Itu sebab saya nampak ada kelemahan dari segi kawal selia yang tidak cekap.
"Ini menyebabkan mereka mencari peluang untuk mendapatkan keuntungan yang lebih besar," tambahnya.
Sebelum ini, media melaporkan, premium insurans perubatan dijangka meningkat antara 40 dan 70 peratus, dipercayai didorong penggunaan pelbagai teknologi canggih yang tersedia di hospital swasta.
Susulan itu, Sim dan beberapa ahli parlimen lain daripada PKR menggesa Bank Negara Malaysia supaya tidak ‘lepas tangan’ dan menyiasat serta mengkaji semula perkara tersebut.
Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad turut memberi maklum balas dengan mengatakan pihaknya akan membawa pendekatan di mana pesakit membayar berdasarkan kualiti perkhidmatan.
Pendekatan ini berbeza berbanding pendekatan fee-for-service yang mengenakan caj terhadap perkhidmatan yang diberikan.
Topic Berkaitan
#akta khusus
#caj rawatan hospital swasta
#premium insurans perubatan
#Sim Tze Tzin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan