awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Remaja lelaki ditemukan lemas terjatuh dalam sungai di Jeli
Penjenamaan semula Hospital Pakar Pusrawi perkukuh perkhidmatan kesihatan patuh syariah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perlu ambil serius titah Sultan Selangor dalam isu rasuah - Najwan Halimi

Irwan Muhammad Zain
Irwan Muhammad Zain
07/08/2021
09:38 MYT
Perlu ambil serius titah Sultan Selangor dalam isu rasuah - Najwan Halimi
Najwan berharap pihak berkuasa memantau serta bertindak secara menyeluruh termasuk di sektor membabitkan syarikat-syarikat berkaitan kerajaan negeri. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Penjawat awam dan kakitangan sektor swasta di Selangor disarankan mengambil serius titah Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berhubung isu rasuah.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Anggerik, Mohd Najwan Halimi menjelaskan titah Sultan Selangor itu merupakan satu bentuk teguran dan nasihat yang perlu diberi perhatian.
Jelas beliau, apabila seorang Ketua Negeri menzahirkan kebimbangan dalam isu rasuah, penjawat awam dan kakitangan swasta perlu menerapkan integriti dan etika dalam menjalankan tugas.
"Untuk kakitangan kerajaan dan swasta ini, mereka perlu ambil serius kebimbangan Tuanku ini dan pastikan kalau sekiranya mereka nampak atau lihat ada unsur-unsur salah guna kuasa di jabatan, mereka kena tampil.
"Kalau mereka mendiamkan diri seolah-olah mereka membenarkan perkara ini. Mereka tak perlu bimbang kerana negara ini ada undang-undang melindungi pemberi maklumat.
"Kalau tahu dalam agensi ada berlaku rasuah dan salah guna kuasa, perlu segera pergi ke SPRM buat laporan," katanya kepada Astro AWANI.
Ahli Jawatankuasa Kira-Kira Wang Kerajaan Selangor itu juga berharap pihak berkuasa memantau serta bertindak secara menyeluruh termasuk di sektor membabitkan syarikat-syarikat berkaitan kerajaan negeri.
Pada Khamis, Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah menitahkan agar perbicaraan kes rasuah disegerakan dan tidak melayani penangguhan kes tanpa alasan yang kukuh.
Rasuah | Ambil serius titah Sultan Selangor
Topic Berkaitan
#Selangor
#Kota Anggerik
#Mohd Najwan Halimi
#titah
#Sultan Selangor
#Rasuah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan