awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tanah runtuh: Tapak kedai makan popular di Jalan Simpang Pulai–Cameron Highlands ditutup sebulan
Sambutan Krismas meriah dengan upacara keagamaan, aktiviti bersama keluarga
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Permaisuri Agong berkenan tinjau situasi banjir di Dengkil

Sinar Harian
Sinar Harian
19/12/2021
12:35 MYT
Permaisuri Agong berkenan tinjau situasi banjir di Dengkil
Raja Permaisuri Agong turut berkenan melawat mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara di SRA Datuk Ahmad Razali. - fotoBERNAMA
DENGKIL: Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah hari ini berkenan meninjau situasi mangsa banjir di persekitaran bandar ini.
Seri Paduka tiba di lokasi banjir pada 5.10 petang sebelum berkenan menaiki bot Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) untuk meninjau keadaan mangsa yang masih terkandas akibat banjir.
Selepas hampir sejam meluangkan masa menyantuni mangsa banjir, Seri Paduka menitahkan anggota keselamatan untuk membawa keluar mangsa banjir yang masih terkandas dalam rumah mereka dengan secepat mungkin.
Raja Permaisuri Agong diiringi Brig Jen Datuk Mohamed Zahari Yahya, yang merupakan Juruiring Tentera Udara Diraja Malaysia kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Raja Permaisuri Agong turut berkenan melawat mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara di Sekolah Rendah Agama Datuk Ahmad Razali.
Dengkil hampir lumpuh setelah dilanda bah sejak semalam dengan paras air masih belum surut sehingga 6 petang tadi.
Berikutan itu, penduduk di kawasan ini diarah meninggalkan rumah masing-masing kerana dikhuatiri paras air terus meningkat ekoran ketidaktentuan cuaca.
Beberapa kawasan perumahan dan kedai dilanda banjir dengan paras air meningkat sehingga paras leher.
Topic Berkaitan
#Raja Permaisuri Agong
#pusat pemindahan
#Tunku Azizah Aminah Maimunah
#bantuan banjir
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan