awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
AirAsia perkenal laluan Kaohsiung-Osaka
Lelaki didakwa cuba sebabkan kematian, simbah petrol terhadap bekas teman wanita
FEM 2026 jadi 'tahun pelaksanaan', fokus hasil nyata untuk rakyat - Akmal Nasrullah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Permaisuri Agong rai anak yatim sempena Hari Keputeraan

Bernama
Bernama
04/06/2013
07:11 MYT
Permaisuri Agong rai anak yatim sempena Hari Keputeraan
Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah hari ini berkenan meraikan 360 anak yatim sempena sambutan ulang tahun Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara di sini.
Kanak-kanak tersebut daripada Yayasan Anak-Anak Yatim Sultanah Haminah, Jabatan Kebajikan Masyarakat dan rumah kebajikan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) terpilih, diraikan dalam jamuan mesra yang diserikan dengan persembahan tarian dan nyanyian.
Pada majlis itu, baginda berkenan menyampaikan sumbangan berupa seutas jam tangan dan sebuah komputer riba kepada semua anak yatim.
Raja Permaisuri Agong turut berkenan menyampaikan sumbangan wang tunai berjumlah RM1,000 kepada 10 anak yatim yang cemerlang dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR) tahun lalu.
Seorang penerima, Mohd Amirul Ikhwan Mohd Izam, 14, memberitahu Bernama dia merasa terharu diraikan dan dapat melihat Raja Permaisuri Agong secara lebih dekat.
"Gembira sangat dapat mai (datang) Istana Negara, diraikan, dapat lagi sumbangan jam dan 'laptop' (komputer riba) dari Raja Permaisuri, rasa syukur," katanya yang berazam untuk memanfaatkan sebaiknya komputer riba itu.
Tuanku Hajah Haminah kemudian berkenan bersalaman dengan anak yatim serta para hadirin sebelum berangkat meninggalkan majlis.
Turut berangkat ke majlis itu Tunku Panglima Besar Kedah Tan Sri Tunku Puteri Intan Safinaz Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah dan Toh Puan Temenggong Kedah Puan Sri Tengku Maliha Tengku Ariff.
Antara tetamu yang hadir isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor, isteri Timbalan Perdana Menteri Puan Sri Noorainee Abdul Rahman, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Rohani Abdul Karim, isteri Menteri Pendidikan Kedua Datin Seri Che Kamariah Zakaria dan isteri Ketua Setiausaha Negara Puan Sri Rohani Abdullah.
Topic Berkaitan
#keputeraan agong
#NGO
#Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah
#Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan