Permaisuri Agong zahir simpati atas tragedi pelajar ditikam

Hantaran bunga dan surat berkenaan telah disampaikan oleh rombongan wakil Istana Negara ke Nirvana Centre Kuala Lumpur pada jam 12.30 tengah hari, Jumaat.
KUALA LUMPUR: Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah berkenan mengurniakan hantaran bunga dan sepucuk surat takziah kepada keluarga mendiang Yap Shing Xuen, pelajar 16 tahun yang maut dalam insiden tragis di sebuah sekolah menengah di Bandar Utama, Petaling Jaya, Selasa lalu.
Ringkasan AI
- Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah mengurniakan bunga dan surat takziah kepada keluarga mendiang Yap Shing Xuen sebagai tanda simpati terhadap insiden tragis di sekolah Bandar Utama.
- Mangsa, pelajar perempuan tingkatan tiga, dipercayai maut akibat ditikam oleh rakan sekolah lelaki berusia 14 tahun berhampiran tandas sekolah.
- Polis merampas dua bilah senjata tajam dan siasatan awal mendapati mangsa mengalami beberapa tikaman pada badan.
Ia turut mencerminkan sokongan moral dan belas ihsan daripada pihak diraja terhadap tragedi yang menyentuh hati rakyat.
Selasa lalu, negara dikejutkan dengan laporan kematian seorang pelajar perempuan tingkatan tiga di sebuah sekolah menengah di Bandar Utama, Petaling Jaya, yang dipercayai ditikam beberapa kali oleh rakan sekolahnya, seorang pelajar lelaki berusia 14 tahun.
Menurut Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shamsudin Mamat, kejadian berlaku kira-kira jam 9.30 pagi berhampiran kawasan tandas perempuan, di luar bilik darjah.
Pihak polis telah merampas dua bilah senjata tajam yang dipercayai digunakan dalam kejadian tersebut.
Siasatan awal mendapati mangsa mengalami beberapa tikaman pada bahagian badan.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami