awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
DUNIA
China tolak sekeras-kerasnya salah guna bantuan kemanusiaan di Gaza
MALAYSIA
Semua siasatan berkaitan Akta Perhimpunan Aman 2012 perlu dihentikan - Syahredzan
MALAYSIA
Kes tembak di Meru libatkan kongsi gelap, bukan rambang - Hussein
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MALAYSIA

Permohonan bantuan komputer riba siswa Johor sehingga 30 Julai

Bernama
Bernama
01/07/2025
03:50 MYT
Permohonan bantuan komputer riba siswa Johor sehingga 30 Julai
Tawaran adalah terhad dan pelajar berjaya akan dihubungi dengan penyerahan komputer riba dibuat melalui pejabat ADUN kawasan mereka. - Foto BERNAMA
JOHOR BAHRU: Permohonan Bantuan Laptop Siswa Johor untuk anak Johor yang akan memulakan pengajian di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dibuka mulai hari ini hingga 30 Julai.
Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Penerangan Johor Aznan Tamin berkata inisiatif itu merupakan antara usaha prihatin kerajaan negeri menyokong pelajar pengajian sepenuh masa di IPT awam dan swasta, khususnya pelajar Tahun 1 (Semester 1).
"Antara syarat kelayakan ialah pemohon mesti lahir atau menetap di Johor sekurang-kurangnya lima tahun, daripada keluarga B40 dan mengikuti pengajian sepenuh masa peringkat Diploma atau Ijazah Sarjana Muda di IPT diiktiraf Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).
"Permohonan hanya secara dalam talian melalui imbasan kod respons pantas (QR) disediakan. Proses pemilihan dan tapisan akan dilaksanakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan pemohon berdasarkan kelayakan ditetapkan," katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.
Aznan berkata tawaran adalah terhad dan pelajar berjaya akan dihubungi dengan penyerahan komputer riba dibuat melalui pejabat ADUN kawasan mereka.
Untuk maklumat lanjut dan permohonan, orang ramai boleh mengimbas kod QR pada poster di Facebook atau menerusi pautan rasmi https://bantuan-ypj.com/portal/.
Kerajaan negeri memperuntukkan RM2.5 juta untuk bantuan komputer riba kepada 1,000 mahasiswa daripada keluarga B40 dalam usaha memperkasakan pendidikan generasi muda menerusi Belanjawan Johor 2025.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bantuan laptop
#siswa Johor
#IPT
#aznan tamin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami