awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MALAYSIA
Projek empangan sabo di Baling siap lebih awal, atasi isu banjir
SUKAN
Qatar tuan rumah perlawanan akhir Piala Konfederasi FIFA 2025
MALAYSIA
Mayat mangsa diserang buaya ketika memancing ditemukan di Sungai Maong
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

NATIONAL

Permohonan geran MDAG 2023 kini sudah dibuka

Astro Awani
Astro Awani
14/07/2023
02:50 MYT
Sponsor Banner
Permohonan geran MDAG 2023 kini sudah dibuka
Geran ini selaras dengan inisiatif strategik nasional MD yang memberi tumpuan untuk memacu pelaburan dan mewujudkan pekerjaan baharu bernilai tinggi.
CYBERJAYA: Permohonan untuk Malaysia Digital Acceleration Grant (MDAG) 2023, kini dibuka bermula hari ini hingga 28 Julai.
Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) melalui Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) telah membuka permohonan baharu ini bagi memacu pertumbuhan syarikat digital dan teknologi berstatus Malaysia Digital (MD).
Geran ini selaras dengan inisiatif strategik nasional MD yang memberi tumpuan untuk memacu pelaburan dan mewujudkan pekerjaan baharu bernilai tinggi bagi mencapai aspirasi ekonomi digital negara sekali gus menjadikan Malaysia sebagai hab digital ASEAN.
MDAG 2023 akan menyediakan pembiayaan yang diperlukan oleh pemain industri untuk peningkatan operasi melalui penggunaan teknologi berterusan selain menyemai inovasi ekosistem digital negara dalam usaha menyediakan lebih banyak peluang pekerjaan kepada rakyat selaras dengan konsep Malaysia Madani.
Geran yang berpandukan Strategi Pelaburan Malaysia Digital ini bakal mewujudkan lebih banyak syarikat teknologi di peringkat serantau bagi tempoh tiga tahun yang akan datang.
Inisiatif ini juga selaras dengan strategi dan rangka kerja MD untuk memangkinkan pertumbuhan sektor tumpuan menerusi platform teknologi yang telah dikenal pasti.
Sejak diperkenalkan pada 2022, sebanyak 35 buah syarikat telah diluluskan sebagai penerima geran MDAG. Syarikat yang ingin memohon MDAG perlu memiliki status MD.
Pemohon geran MDAG yang berjaya akan diumumkan dalam tempoh dua bulan dari tarikh tutup permohonan.
Untuk maklumat lanjut, sila layari Mdec.my/grants/mdag
Topic Berkaitan
#Geran MDAG
#MDEC
#Malaysia Digital
#Kementerian Komunikasi dan Digital
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami