awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Permohonan Najib untuk gugurkan hakim ditolak

Bernama
Bernama
18/08/2023
05:16 MYT
Permohonan Najib untuk gugurkan hakim ditolak
Najib hadir di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur hari ini bagi perbicaraan kes 1Malaysia Development Bhd. --fotoBERNAMA
KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi hari ini menolak permohonan Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menggugurkan Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah daripada prosiding pendengaran kes berhubung penyelewengan melibatkan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Sequerah (kini Hakim Mahkamah Rayuan) menolak permohonan bekas perdana menteri itu supaya menarik diri, disebabkan hubungan beliau dengan bekas peguam 1MDB Jasmine Loo Ai Swan.
Sequerah pada bulan lepas mendedahkan bahawa beliau pernah berkhidmat di sebuah firma bersama dengan Loo, yang kini dalam tahanan polis.
Dalam keputusan hari ini, Sequerah berkata ia memandangkan sejak Loo meninggalkan firma berkenaan pada 31 Dis 2008, beliau tidak pernah berkomunikasi dengan Loo, sama ada secara profesional atau peribadi, iaitu sejak kira-kira 15 tahun lepas.
"Sejak Loo meninggalkan firma itu pada 31 Dis 2008, tiada sebarang asas yang dikemukakan di mahkamah ini bagi menunjukkan sebarang hubungan, sama ada profesional atau peribadi, dan kini 15 tahun telah berlalu," katanya.
MAHKAMAH-NAJIB (1MDB) 2 KUALA LUMPUR
"Tiada kemungkinan, tiada sedikit pun bukti untuk membentuk sebarang asas bagi menunjukkan wujud sebarang bentuk perhubungan mungkin boleh ditimbulkan. Berikutan perkara di atas, tidak ada keperluan di pihak saya untuk mendedahkan fakta pekerjaan lepas di firma guaman itu sebenarnya.
"Keputusannya ialah berdasarkan alasan yang dinyatakan, permohonan untuk saya menarik diri, dengan ini ditolak," katanya.
Pada 14 Ogos, Muhammad Shafee memfailkan permohonan untuk Sequerah menarik diri daripada mendengar kes itu, selepas Sequerah mendedahkan bahawa Loo pernah menjadi bekas rakan sekerjanya kira-kira 10 hingga 15 tahun lepas.
Loo yang namanya disebut lebih 600 kali semasa perbicaraan 1MDB, sebelum ini dianggap sebagai orang yang menjadi buruan pihak berkuasa sehingga baru-baru ini, apabila dia berada di bawah tahanan polis Malaysia.
MAHKAMAH-NAJIB (1MDB) 3 (AKHIR) KUALA LUMPUR
Pada 12 Julai lepas, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mengesahkan bahawa Loo telah ditahan polis pada 7 Julai bagi membantu siasatan kes penyelewengan dana 1MDB.
Di kandang tertuduh ialah Najib, 70, yang berdepan empat pertuduhan menggunakan kedudukan beliau untuk memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion milik 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan amaun sama.
Perbicaraan bersambung.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#1MDB
#Najib Razak
#gugur hakim
#Jasmine Loo Ai Swan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan