Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) pada Rabu mengumumkan permohonan untuk menyertai National Technology and Innovation Sandbox (NTIS) MOSTI kini dibuka.
MOSTI dalam kenyataan pada Rabu berkata syarikat pemula teknologi boleh mula memohon melalui laman web rasmi NTIS di https://sandbox.gov.my.
Katanya empat jenis skim pembiayaan boleh didapati di bawah NTIS termasuk Single Site Sandbox yang menawarkan pembiayaan maksimum sebanyak RM250,000 dalam bentuk geran sepenuhnya dan penyelesaian sandbox di lokasi tunggal.
"Kedua ialah Multi-Site Sandbox dengan pembiayaan maksimum sebanyak RM500,000 dalam bentuk geran separa (70 peratus) untuk membiayai kos penyelesaian sandbox di pelbagai lokasi; ketiga ialah skim pengkomersialan dengan pembiayaan maksimum RM4 juta dalam bentuk dana hibrid, geran dan nota janji boleh ubah untuk membiayai kos pengkomersialan penyelesaian sandbox.
"Terakhir ialah Padanan Dana dengan Pelabur/Syarikat Korporat, dengan peruntukan maksimum RM15 juta sebagai dana padanan dengan pelabur dan syarikat korporat.
"Instrumen pembiayaan akan tertakluk kepada persetujuan antara MTDC (Malaysia Technology Development Corporation) serta pelabur dan syarikat korporat yang terlibat," menurut kenyataan itu.
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan peruntukan RM100 juta di bawah Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) untuk NTIS, bagi membantu proses pendigitalan negara.
NTIS diterajui oleh MOSTI dengan Pusat Inovasi dan Kreativiti Global Malaysia (MaGIC) sebagai sekretariat utama dibantu oleh Technology Park Malaysia (TPM), MIMOS Bhd, MTDC dan Futurise Sdn. Bhd.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jul 15 2020

Syarikat pemula teknologi boleh mula memohon melalui laman web rasmi NTIS.

GRS digesa segerakan sidang DUN Sabah, teruskan Agenda Reformasi Wanita
Jelas Ketua Wanita DAP Sabah itu, sidang DUN Sabah perlu disegerakan supaya Agenda Reformasi Wanita yang dimulakan oleh kerajaan Warisan Plus dapat terus diperjuangkan.

Tindakan mahkamah Indonesia jatuhi hukuman mati secara maya dikritik
Penggunaan aplikasi video seperti Zoom, menurut pengkritik, adalah satu penghinaan dan tidak berperikemanusiaan bagi mereka yang berdepan maut di hadapan pasukan penembak.

KPDNHEP akan umum 20 lagi barang kawalan
Datuk Alexander Nanta Linggi berkata, ia adalah tambahan kepada 12 barangan yang diumumkan pada 21 April lepas.

Bot bawa 130 migran terbalik di perairan Libya, 10 mayat ditemukan
Sekurang-kurangnya 10 anak kapal mati manakala 120 lagi dikhuatiri hilang selepas sebuah bot getah terbalik di pesisir pantai Libya, semalam.

Tegas tak bertempat - PPIM
Sebagai seorang Islam, mengapa Zuharnan tidak menggunakan pertimbangan sebelum mengeluarkan kompaun dan menasihatkan pegawai masjid itu melakukan apa yang sepatutnya.

Kluster COVID-19 Pendidikan | PDP di sekolah atau PDP di rumah?
Situasi jangkitan COVID-19 di sekolah ketika ini dilihat membimbangkan, dengan semakin banyak sekolah ditutup dan puluhan kluster pendidikan direkodkan. Menjadi kebimbangan buat ibu bapa ketika ini adakah sekolah itu tempat yang selamat buat anak-anak mereka. Bersama kami ketika ini ialah Setiausaha Agung Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Semenanjung Malaysia (NUTP), Harry Tan Huat Hock untuk membincangkan apakah langkah seterusnya yang perlu diambil untuk mengelakkan situasi yang lebih buruk.

COVID-19 | Tidak patut guna dana KWAN bagi belanja vaksin
Kerajaan tidak sepatutnya menggunakan dana Kumpulan Wang Amanah Negara (KWAN) bagi perolehan vaksin dan perbelanjaan berkaitan Program Imunisasi Kebangsaan. Menurut Pakar Ekonomi, Dr Muhammed Abdul Khalid dipetik laporan Sinar Harian memaklumkan, dana berkenaan adalah untuk digunakan oleh generasi akan datang apabila sumber minyak dan gas negara berkurangan.

Ramadan 2021 | Raja Abdullah II bebaskan 16 tahanan
Jordan membebaskan 16 tahanan yang didakwa atas tuduhan konspirasi berkaitan dengan bekas Putera Mahkota. Kesemua tahanan dibebaskan dengan atas perintah Raja Abdullah Kedua sempena bulan suci, Ramadan.

Usaha jadikan SMK Convent Bukit Nanas tapak warisan dapat bantahan - Nancy Shukri
Jabatan itu memulakan proses pengumpulan maklumat dan dokumen berkaitan bagi tujuan pewartaan sekolah tersebut di bawah Akta Warisan Kebangsaan 2005 pada Mei 2008.

PM mahu KPDNHEP, agensi berkaitan pantau kenaikan harga barang
Kerajaan perlu pastikan aktiviti tidak beretika yang membebankan pengguna dapat dibanteras dengan lebih menyeluruh dan berkesan.

Urus niaga Bursa Malaysia dibuka rendah pada sesi awal pagi ini
Pada 9.06 pagi, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menyusut 1.72 mata kepada 1,606.7 daripada penutupan semalam iaitu 1,608.42.

Gelagat ibu kucing gonggong anak sakit ke hospital sentuh hati netizen
Si ibu kucing pula, setelah menyedari anaknya mulai sembuh, terus membawa si comel ke pusat rawatan berkenaan sehinggalah ia pulih daripada jangkitan.

Pakej umrah: Bakal jemaah terkesan diminta bincang semula dengan agensi pelancongan
Persatuan Agensi Pelancongan Umrah dan Haji Malaysia (PAPUH) memohon agar bakal jemaah terkesan yang telah menempah pakej bagai menunaikan ibadah itu agar berbincang semula dengan agensi pelancongan.

Permohonan permit sementara bazar Ramadan di Bandaraya Pulau Pinang dibuka hari ini
Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) mempelawa mereka yang ingin menganjurkan bazar Ramadan di kawasan seliaan pihak berkuasa tempatan itu agar memohon permit sementara bermula hari ini.

SIC buka pendaftaran dalam talian MiniGP musim kedua
Penganjuran edisi kedua diharap mendapat sambutan menggalakkan sekali gus dapat mencipta bakat baharu sukan permotoran negara.

Taman Eko Rimba Kuala Lumpur dibuka semula bermula esok
Bagi warga kota yang rindu untuk beriadah sambil menikmati kehijauan alam semula jadi, pastinya pembukaan semula Taman Eko Rimba Kuala Lumpur (TERKL) di Bukit Nenas disambut dengan senyum lebar.

COVID-19: Sekolah mula dibuka di England
Demi kesihatan mental dan fizikal kanak-kanak, sekolah adalah antara pusat awam pertama yang dibuka semula.

PKPB, PKPP: MOTAC keluar senarai premis pelancongan dibenar beroperasi
Premis terlibat termasuk muzium, perpustakaan, galeri seni, pusat atau kampung seni warisan budaya serta persembahan budaya dan lain-lain.

Pintu Kaabah dibuka untuk Perdana Menteri
Pintu Kaabah dibuka untuk Muhyiddin bersama Isteri Puan Sri Noorainee Abdul Rahman serta beberapa tetamu lain.

TV Pendidikan diteruskan, sasar pelajar tertentu - Radzi
Keputusan dibuat memandangkan situasi tidak terjangka pandemik COVID-19 yang sedang melanda dunia ketika ini boleh mempengaruhi sebarang keputusan KPM.