KUANTAN: Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak permohonan semakan kehakiman 186 pekebun Musang King sekitar Raub terhadap keputusan Kerajaan Negeri Pahang yang mengeluarkan notis arahan pengosongan tanah.
Penasihat Undang-Undang Negeri Pahang Datuk Saiful Edris Zainuddin berkata Hakim Datuk Mohd Radzi Harun memutuskan bahawa pekebun terbabit tidak mempunyai hak dari segi undang-undang untuk berada di tanah berkenaan.
Beliau berkata mahkamah turut mengesahkan status mereka sebagai penduduk haram dan tindakan kerajaan negeri mengusir mereka tidak berniat jahat.
"Malah pelan pemutihan yang ditawarkan juga tidak ada unsur berat sebelah dan masih boleh dirunding dengan pihak-pihak terlibat," katanya kepada pemberita di pekarangan Kompleks Mahkamah Kuantan di sini hari ini.
Mahkamah turut memerintahkan pekebun terbabit membayar kos berjumlah RM600,000 kepada semua responden.
Pada 2020, mereka memfailkan permohonan bagi mendapatkan kebenaran menyemak notis pengosongan tanah yang telah ditanam dengan pokok durian Musang King sekitar Raub termasuk di Sungai Ruan, Sungai Chalit dan Sungai Klau yang dianggarkan seluas 2,167 hektar.
Mereka menamakan Pentadbir Tanah Daerah Raub, Pengarah Perhutanan Pahang, pihak berkuasa negeri, Kerajaan Negeri Pahang, Perbadanan Kemajuan Pertanian Negeri Pahang (PKPP) dan Royal Pahang Durian Resources PKPP Sdn Bhd sebagai responden.
Selain menyemak arahan pengosongan tanah di bawah Kanun Tanah Negara dan Akta Perhutanan Negara 1984, mereka juga ingin membuat semakan kehakiman terhadap keputusan kerajaan negeri yang didakwa memberikan pajakan serta hak penggunaan tanah terbabit kepada Royal Pahang Durian Resources PKPP Sdn Bhd.
Pekebun terbabit juga ingin menyemak keputusan pemberian subpajakan tanah terbabit kepada mereka dan kewajipan mandatori untuk menjual durian itu kepada entiti yang dicalonkan oleh Royal Pahang Durian Resources PKPP Sdn Bhd.
Responden turut diwakili Penolong Penasihat Undang-Undang Negeri Pahang Dorah Abdul Kadir, Abdul Hafiz Razat, Fatin Nur Syahirah serta peguam Tan Sri Cecil Abraham, Datuk Sunil Abraham, Noor Muzalifah Shabudin, Mohd Irwan Ismail, Yap Jing Wen, Datuk Mohd Yazid Mustafa, Datuk Mohd Najid Husain dan Nornajihah Ahmad Nadjemudin manakala pekebun terbabit diwakili peguam Siew Choon Jern, Chen Chiu Hua, Lim Pit Feng dan Brendan Siva.
Siew ketika ditemui pemberita memaklumkan pihaknya akan meneliti keputusan itu sebelum menasihati anak guam mereka untuk membuat rayuan.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Apr 24 2024
Reaksi Datuk Saiful Edris Zainuddin (dua, kiri) sebaik Mahkamah Tinggi menolak permohonan semakan kehakiman pekebun Musang King di sekitar Raub terhadap keputusan Kerajaan Negeri Pahang yang mengeluarkan notis arahan pengosongan tanah. - Bernama
1,245 peserta tarian berpakaian etnik, Sarawak catat nama dalam MBOR
Sarawak menempah nama dalam Malaysia Book Of Records (MBOR) untuk peserta terbanyak berpakaian etnik dalam persembahan tarian berkoreograf dengan penyertaan 1,245 individu di Tebingan Sungai Kuching pada Ahad.
Ewon harap Pesta Kaamatan dijadikan wadah penyatuan
Ahli Parlimen Penampang, Datuk Ewon Benedick berharap Pesta Kaamatan juga perlu dijadikan sebagai wadah penyatuan masyakarat berbilang kaum di negara ini.
Pesta Kaamatan platform perkukuh perpaduan dan persefahaman kaum
Pesta Kaamatan peringkat Sandakan menyatukan pelbagai etnik di negeri itu dengan pelbagai program dan pertandingan yang disusun atur berdasarkan tema 'Kaamatan melangkaui Keterjaminan Makanan'.
Ditahan dalam keadaan mengaibkan, pasangan kekasih didenda RM4,500
Seorang juruteknik dan pasangannya masing-masing didenda RM4,500 oleh Mahkamah Tinggi Syariah pada Ahad selepas ditahan dalam keadaan mengaibkan di sebuah hotel, baru-baru ini.
Menara Jendela Kampung Mangga Balung manfaatkan lebih 1,400 penduduk
Penduduk di Kampung Mangga Balung, Tawau dan kawasan sekitarnya amat bersyukur kerana akhirnya mereka dapat menikmati capaian internet dengan baik selepas menara jendela di kawasan mereka siap dan beroperasi sepenuhnya.
Kembalikan UPSR, Sarawak hargai sokongan KPM
Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak Datuk Seri Roland Sagah Wee Inn menghargai sokongan Kementerian Pendidikan Malaysia terhadap leputusan Sarawak mengembalikan Ujian Penlaian Sekolah Rendah (UPSR)
Sarawak kaji mekanisme turbin hasilkan tenaga boleh diperbaharui
Sarawak akan mengkaji kaedah penjanaan bersama atau ‘cogeneration’ tenaga boleh diperbaharui melibatkan arang dan biojisim seperti yang dilakukan di negara jiran Thailand.
Sarawak kaji pendekatan kenaikan gaji minimum
Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg memaklumkan pendekatan gaji inimum di Sarawak adalah berdasarkan produktiviti serta kemahiran yang diperlukan untuk ekonomi masa hadapan.
Jabatan Peguam Besar Negeri komited pertahan hak perlembagaan Sabah
Peguam Besar Negeri Sabah, Datuk Nor Asiah Mohd Yusof menegaskan Jabatan Peguam Besar Negeri telah memainkan peranan penting dalam rundingan ini, memastikan tuntutan undang-undang dan perlembagaan Sabah diwakili dengan berkesan.
Polis Pulau Pinang tingkat kawalan susulan kejadian ceroboh balai, cuba rampas senjata
Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Hamzah Ahmad berkata, semua anggota bertugas diminta sentiasa berwaspada terhadap sebarang kemungkinan.
Permohonan pekebun Musang King cabar notis kosongkan tanah ditolak
Hakim Datuk Mohd Radzi Harun memutuskan bahawa pekebun terbabit tidak mempunyai hak dari segi undang-undang untuk berada di tanah berkenaan.
Muhyiddin mohon lima hakim dengar permohonan semakan
Muhyiddin mohon semakan kehakiman bagi mencabar keputusan yang mengarahkan kes rasuah berjumlah RM232.5 juta.
Mahkamah tolak permohonan Rumah Bonda cabar perintah JKM tutup premis
Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak permohonan Rumah Bonda untuk mencabar tindakan JKM Wilayah Persekutuan menutup premisnya.
Ada seorang saksi penting dijangka sokong permohonan Najib untuk tahanan di rumah - Shafee
Seorang saksi penting dijangka memfailkan afidavit bagi menyokong permohonan kebenaran Datuk Seri Najib Tun Razak untuk memulakan semakan kehakiman.
KPWKM cadang bangunkan sistem e-pemfailan bagi mangsa gangguan seksual salur aduan
KPWKM bercadang membangunkan sistem e-pemfailan (e-filing) yang membolehkan lebih ramai mangsa gangguan seksual yang berada di luar Putrajaya memfailkan aduan kepada Tribunal Antigangguan Seksual.
Mahkamah tolak permohonan Aman Palestin untuk mulakan semakan kehakiman berhubung pembekuan akaun bank
Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak permohonan Aman Palestin untuk mendapatkan kebenaran bagi memulakan semakan kehakiman berhubung pembekuan 11 akaun banknya oleh SPRM.
Aman Palestin tidak boleh cabar pembekuan akaun bank melalui semakan kehakiman - AGC
AGC membantah permohonan Aman Palestin untuk mendapatkan kebenaran bagi semakan kehakiman atas alasan pengeluaran notis yang dibantah itu tidak boleh diterima untuk semakan kehakiman.
Penahanan salah: AGC bantah permohonan peguam untuk kebenaran fail semakan kehakiman
Peguam Kanan yang mewakili AGC memaklumkan mahkamah bahawa kes itu sepatutnya didengar melalui writ saman dan bukannya semakan kehakiman.
Mahkamah benar rayuan MIA kembalikan aduan Tony Pua terhadap juruaudit 1MDB
MIA berjaya dalam rayuan mereka untuk mengembalikan semula aduan yang dikemukakan Tony Pua terhadap rakan kongsi Deloitte PLT, Ng Yee Hong berhubung audit 1MDB.
Ahmad Zahid akan bantah permohonan Badan Peguam cabar keputusan DNAA
Peguam Guok Ngek Seong, yang mewakili Timbalan Perdana Menteri itu, berkata pihaknya akan memfailkan afidavit dan hujahan untuk membantah permohonan tersebut sebelum 11 Jan depan.