awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pentagon tamatkan program latihan dan felo dengan Harvard, kata Hegseth
Pelawak Indonesia disoal siasat susulan aduan kandungan rancangan Netflix
Cabaran ekstrem Malatra Ultra, Pirate Backyard Ultra 2026 tarik lebih 400 penyertaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Permohonan Rosmah tangguh prosiding rayuan kes solar didengar Jumaat ini

Astro Awani
Astro Awani
04/07/2023
10:19 MYT
Permohonan Rosmah tangguh prosiding rayuan kes solar didengar Jumaat ini
Pada 22 Jun, Mahkamah Rayuan menolak rayuan Rosmah (foto) untuk mendapatkan kebenaran semakan kehakiman bagi mencabar pelantikan Sri Ram sebagai timbalan pendakwa raya kanan dalam kes rasuah solar itu. -Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Permohonan Datin Seri Rosmah Mansor untuk menangguhkan prosiding rayuan kes rasuah membabitkan projek solar hibrid bernilai RM1.25 bilion untuk 369 sekolah luar bandar di Sarawak, akan didengar Jumaat ini.
Peguam Datuk Akberdin Abdul Kader, yang mewakili isteri bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak itu ketika dihubungi media mengesahkan perkara tersebut.
Jelas beliau, pembelaan memohon penangguhan bagi membolehkan rayuan berhubung pelantikan mendiang Datuk Seri Gopal Sri Ram sebagai Timbalan Pendakwa Raya Kanan diputuskan Mahkamah Persekutuan terlebih dahulu.
Rayuan Rosmah terhadap sabitan dan hukuman penjara 10 tahun serta denda RM970 juta bagi kesalahan rasuah itu sepatutnya didengar selama empat hari bermula 11 Julai.
Menurut Akberdin pihaknya memohon penangguhan bagi membolehkan rayuan Rosmah berhubung pelantikan mendiang Datuk Seri Gopal Sri Ram sebagai timbalan pendakwa raya kanan diputuskan terlebih dahulu di Mahkamah Persekutuan.
Pada 22 Jun, Mahkamah Rayuan menolak rayuan Rosmah untuk mendapatkan kebenaran semakan kehakiman bagi mencabar pelantikan Sri Ram sebagai timbalan pendakwa raya kanan dalam kes rasuah solar itu.
Pada 1 Sept tahun lepas, Hakim Mahkamah Tinggi Mohamed Zaini Mazlan yang kini Hakim Mahkamah Rayuan mendapati Rosmah bersalah atas tiga pertuduhan rasuah berkaitan projek solar hibrid dan menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun serta denda RM970 juta.
Mahkamah juga memerintahkan Rosmah dipenjara 30 tahun jika gagal membayar denda itu.
Bagaimanapun Mahkamah Tinggi membenarkan penangguhan pelaksanaan hukuman penjara dan denda sementara menunggu rayuannya di Mahkamah Rayuan.
Rosmah didakwa atas satu pertuduhan meminta RM187.5 juta dan dua pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM6.5 juta daripada bekas Pengarah Urusan Jepak Holdings Sdn Bhd Saidi Abang Samsudin.
Topic Berkaitan
#Rosmah Mansor
#Kes projek solar
#prosiding rayuan kes rasuah
#Akberdin Abdul Kader
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan