awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kadar zakat fitrah di Pulau Pinang RM10, RM15 dan RM25
Perselisihan faham dengan kelab, Ronaldo tidak beraksi untuk Al Nassr
Datuk Bandar KL diarah perkemas SOP DBKL, tutup ruang rasuah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Permohonan sertai TVET meningkat kepada 229,000 hingga 12 Julai - Ahmad Zahid

Bernama
Bernama
26/07/2025
06:45 MYT
Permohonan sertai TVET meningkat kepada 229,000 hingga 12 Julai - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid berkata peningkatan itu antaranya disebabkan terdapat kesedaran dalam kalangan ibu bapa dan pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). - Foto Bernama
KANGAR: Permohonan bagi menyertai bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di negara ini menunjukkan peningkatan mendadak, iaitu daripada 25,000 kepada 229,000 permohonan dalam tempoh dua tahun setakat 12 Julai lepas.

Ringkasan AI
  • Permohonan untuk menyertai bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di Malaysia meningkat secara drastik daripada 25,000 kepada 229,000 dalam tempoh dua tahun sehingga Julai 2025.
  • Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan bahawa sesetengah kursus seperti kimpalan menawarkan gaji permulaan sehingga RM7,500.
  • Setakat ini, terdapat 1,398 institusi TVET di seluruh negara, dan kerajaan berhasrat untuk memperluas penawaran kursus mengikut keperluan industri.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata peningkatan itu antaranya disebabkan terdapat kesedaran dalam kalangan ibu bapa dan pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) serta individu yang tidak berjaya melanjutkan pelajaran, mengenai kelebihan bidang itu yang antaranya menawarkan gaji premium.
"Mereka dapati bahawa gaji premium ditawarkan bagi pelajar TVET ini cukup baik, tidak tertakluk kepada gaji minimum RM1,700 yang ditentukan oleh kerajaan, sebaliknya bergantung pada kemahiran yang diperoleh, malah ada kursus, umpamanya kimpalan, yang menawarkan gaji permulaan RM7,500," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Kangar di sini hari ini yang turut dihadiri Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perlis Datuk Rozabil Abd Rahman.
Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Majlis TVET Negara berkata setakat ini, terdapat 1,398 institusi TVET di seluruh negara dan keperluan pasaran kerja dalam bidang itu sememangnya banyak terutamanya daripada pihak syarikat pelaburan langsung asing (FDI) yang melabur di negara ini memerlukan pekerja mahir.
"Kita akan terus memperbanyak tempat dan bidang kursus yang ditawarkan mengikut keperluan guna tenaga di negara kita, umpamanya banyak kursus AI (kecerdasan buatan), IoT (Internet benda) dan robotik yang telah dibuat oleh TVET swasta.
"Kita yakin keterlibatan pelajar TVET dalam bidang baharu ini bersesuaian dengan permintaan syarikat luar negara yang memerlukan tenaga mahir dari Malaysia," kata Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Ahmad Zahid Hamidi
#TVET
#pemohonan meningkat
#keperluan industri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan