awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kadar zakat fitrah di Pulau Pinang RM10, RM15 dan RM25
Perselisihan faham dengan kelab, Ronaldo tidak beraksi untuk Al Nassr
Datuk Bandar KL diarah perkemas SOP DBKL, tutup ruang rasuah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perodua Axia bakal guna enjin baharu

Astro Publication
Astro Publication
13/01/2017
09:32 MYT
Perodua Axia bakal guna enjin baharu
Gambaran itu membabitkan dua imej Perodua Axia yang didedahkan dalam laman sosial rasmi Facebook syarikat berkenaan.
PERUSAHAAN Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) memberi gambaran awal berhubung model Axia yang bakal dilancarkan tidak lama lagi.
Gambaran itu membabitkan dua imej Perodua Axia yang didedahkan dalam laman sosial rasmi Facebook syarikat berkenaan.
Elemen baharu yang ditampilkan membabitkan enjin 1.0 liter VVT-I iaitu rangkaian kuasa sama digunakan pada model Perodua Bezza.
Enjin yang menerima status Kenderaan Cekap Tenaga (EEV) itu memberi bacaan 22.5 kilometer bagi setiap liter sebahan api.
Bagi varian SE dan Advance, dua elemen baharu yang digunakan menerusi Sistem Kemasukan Pintar serta butang menghidupkan atau mematikan enjin.
Model Perodua Axia itu sudah pun dibuka tempahannya.
Sementara itu, varian kompak berkenaan menjadikan model ke-10 kenderaan jenama Perodua, selain dinobatkan sebagai kereta cekap tenaga (EEV) pertama di negara ini.
Sebelum ini, semua varian Axia menggunakan nadi sama iaitu enjin aluminium membabitkan 1KR-DE DOHC, 12 injap dengan sistem pancitan bahan api (EFI).
Ia digabungkan transmisi automatik empat kelajuan dan kotak gear manual dengan lima kelajuan.
Rangkaian kuasa itu membolehkan Axia mencatat penggunaan bahan api sekitar 21.6 kilometer bagi seliter petrol (km/l) untuk manual, manakala 20.1 km/l bagi automatik.
Topic Berkaitan
#Axia
#EEV
#Perodua
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan