Gabungan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Melayu dan Islam Penggerak Perpaduan Nasional akan menyediakan satu memorandum khas yang akan diserahkan kepada perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika Perhimpunan Agung UMNO minggu depan.
Menurut Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja di dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) Datuk Azih Muda, memorandum itu akan dibahas di Konvenyen Perpaduan Nasional Ahad ini.
"Kita mahu bentangkan resolusi dan juga perbincangan secara menyeluruh ketika konvensyen ini. Yang penting, ia memberi fokus kepada memperkukuh perpaduan nasional.
"Soal perpaduan nasional amat penting dalam abad ke-21," jelas beliau yang turut merupakan pengerusi jawatankuasa konvensyen tersebut.
Azih berkata pembahasan tidak akan menyentuh persoalan sensitif melibatkan isu kaum dan juga perkara-perkara yang tidak relevan.
"Taklimat sudah diberikan kepada pembahas agar mereka fokus hanya kepada pentingnya perpaduan nasional," jelas beliau.
Sementara itu, presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Datuk Ibrahim Ali berharap memorandum yang komprehensif itu dapat digunapakai oleh pihak kerajaan untuk merubah rangka dasar perpaduan.
Beliau yang bertindak sebagai pengerusi Jawatankuasa Penyediaan Memorandum Perpaduan Nasional berkata memorandum berkenaan mula dibuat pada Februari 2014 dan melibatkan 15 wakil-wakil NGO dan juga ahli akademik dan politik.
"Pada Ahad ini, kita mahu ia dibahas sebelum diluluskan. Pembahas juga diberi peluang untuk membahas memorandum ini dari aspek Perlembagaan Persekutuan, Rukun Negara, kontrak sosial, Wawasan 2020, konsep 1Malaysia dan hak-hak orang Melayu," kata beliau.
Apabila ditanya jika ia akan lebih menyeluruh jika wakil-wakil NGO bangsa lain dapat memberikan cadangan mereka, Ibrahim berkata NGO-NGO lain sudah mengemukakan cadangan mereka.
"Kita buat ini untuk mewakili kaum Melayu dan Islam kerana kaum pribumi adalah bangsa teras Malaysia, katanya.
Konvenyen Perpaduan Nasional akan menghimpunkan 25 NGO termasuk CUEPACS, Perkasa, Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), JATI, dan Yayasan Pekerja Malaysia pada Ahad ini.
Syafique Shuib
Fri Nov 21 2014
AZIH: Memorandum akan dibahas di Konvenyen Perpaduan Nasional Ahad ini. -Gambar fail
Jumlah mangsa banjir berlindung di PPS di Perak, Johor dan Pahang kekal
Jumlah mangsa yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Perak, Johor dan Pahang masih kekal setakat pagi ini.
Gempa bumi kuat 6.3 magnitud gegar Chile
Gempa bumi berukuran 6.3 magnitud menggegarkan wilayah tengah Chile termasuk ibu negara, Santiago pada Jumaat.
UMNO tidak terima permohonan Tengku Zafrul keluar parti - Ahmad Zahid
Presiden UMNO sahkan parti itu tidak menerima permohonan Tengku Zafrul untuk meninggalkan parti.
Bola api penuhi ruang udara di Damsyik
Satu rakaman video memaparkan sejumlah bola api memenuhi ruang udara bandar Damascus diikuti bunyi letupan kuat turut kedengaran pada Jumaat.
Presiden Korea Selatan berdepan undi pemecatan kedua
Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol, kini menghadapi undi pemecatan kedua pada Sabtu selepas percubaannya mengisytiharkan undang-undang darurat selama beberapa jam mencetuskan krisis politik.
Parti-parti pembangkang merancang undi pemecatan pada Sabtu, pukul 4 petang, dengan perhimpunan besar dijadualkan sebelum undian.
Parti-parti pembangkang merancang undi pemecatan pada Sabtu, pukul 4 petang, dengan perhimpunan besar dijadualkan sebelum undian.
Kongres Khas PKR fokus reformasi pemilihan parti
Kongres Khas Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang dijadualkan pada Ahad akan meminda perlembagaan parti.
Setiausaha Agung PKR, Dr. Fuziah Salleh berkata pindaan tersebut melibatkan aspek jumlah perwakilan, kuota gender, dan etnik.
Setiausaha Agung PKR, Dr. Fuziah Salleh berkata pindaan tersebut melibatkan aspek jumlah perwakilan, kuota gender, dan etnik.
Suri rumah rugi lebih RM750,000 ditipu pelaburan bitcoin
Seorang suri rumah berputih mata apabila kerugian lebih RM750,000 selepas terperdaya skim pelaburan bitcoin dalam talian.
“Sifat materialistik mengundang malapetaka dalam masyarakat” - Dr Maza
Nilai kemanusiaan tidak lagi mendominasi kehidupan kerana segala-galanya diukur berdasarkan keuntungan semata-mata.
Pembunuhan kejam, buli siber detik suram 2024
Tahun 2024 mencatatkan pelbagai peristiwa tragis menggemparkan negara termasuk jenayah kejam yang meragut nyawa empat individu.
Jumlah mangsa banjir terus catat penurunan
Jumlah mangsa banjir terus mencatat penurunan kepada 305 mangsa daripada 93 keluarga setakat jam 9 pagi Sabtu.
PKPB: Waktu bekerja empat jam sehari di pejabat terlalu singkat - MEF
Datuk Shamsuddin Bardan berkata panduan yang diumumkan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) itu menjejaskan operasi industri dan syarikat yang terlibat.
Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam tidak sensitif - Azih
Azih berkata, kenyataan itu juga menunjukkan LPPSA seolah-olah tidak mempunyai sensitiviti langsung terhadap situasi ekstrem yang dihadapi oleh kerajaan ketika ini.
Pemansuhan BIPK: Mutu perkhidmatan awam terjejas - Cuepacs
Presidennya, Adnan Mat menyifatkannya sebagai langkah yang terbelakang kerana wujudnya dua bayaran upah yang berbeza untuk jawatan yang sama di bawah majikan dan kerajaan yang sama.
Cuepacs cadang kerajaan semak semula gaji penjawat awam setiap lima tahun
Ini kerana gaji semasa penjawat awam khususnya kumpulan sokongan hanya mampu dibelanja untuk tempoh dua minggu termasuk pembayaran bil-bil utiliti, pembetungan, telefon dan makan minum di rumah.
Wujudkan dasar pengurusan stres kepada penjawat awam - Cuepacs
Kerajaan digesa mewujudkan dasar pengurusan stres bagi membantu kakitangan awam yang menghadapi tekanan melampau di tempat kerja.
Henti lakukan tugas kewangan sekolah - Cuepacs
Seramai 1,084 pembantu tadbir (perkeranian/operasi) di sekolah di Perak yang menjalankan tugas kewangan dinasihatkan untuk berhenti melakukan tugas tersebut.
Cuepacs rayu kerajaan tidak gabung UMT, UNISZA
Dua universiti itu mempunyai matlamat yang berbeza, selain penggabungan itu akan mengecilkan bilangan universiti di Malaysia.
Belanjawan 2020: Pertimbang elaun kesusahan bandaraya, selaraskan elaun COLA - CUEPACS
Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) memohon kerajaan mempertimbangkan untuk memperkenalkan elaun kesusahan bandaraya.
Belanjawan 2020: CUEPACS harap kerajaan beri bonus sebulan gaji
CUEPACS berharap khabar gembira akan mengiringi penjawat awam dengan pengumuman bonus sekurang-kurangnya sebulan gaji kepada kumpulan pekerja ini di seluruh negara dalam pembentangan Belanjawan 2020.
Cuepacs cadang kerajaan perkenal Skim Persaraan Anjal
Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) mencadangkan kerajaan mewujudkan Skim Persaraan Anjal.