KUALA LUMPUR: Persatuan Pengusaha-Pengusaha Lori Tipper Malaysia menyeru kerajaan mengemas kini garis panduan had berat muatan yang boleh dibawa oleh kenderaan perdagangan itu agar ia selari dengan perkembangan teknologi automatif.
Presidennya Datuk Michael Loo Leep Chye berkata garis panduan yang diguna pakai sekarang kali terakhir dikemas kini pada 2018 dan ketinggalan zaman dan tidak selari dengan teknologi automotif yang semakin canggih.
Garis panduan yang jelas membolehkan pengusaha lori menolak permintaan pelanggan yang mahu mereka membawa muatan yang melebihi had dibenarkan, katanya dalam satu sidang media di sini hari ini.
Katanya lori pada masa kini boleh membawa muatan antara 30 hingga 45 tan dengan selamat berbanding had berat muatan antara 24 hingga 30 tan yang dibenarkan sekarang.
Beliau berkata pihaknya telah mengadakan libat urus mengenai hal berkenaan bersama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) pada 2020 dan data-data mengenai isu berkenaan telah dikumpul oleh jabatan itu tetapi tiada keputusan dicapai setakat ini.
"Kami (persatuan) berharap pihak kementerian terutamanya Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook untuk melihat isu ini dan memberi perhatian sewajarnya," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Sep 23 2023
Garis panduan mengenai had berat muatan yang diguna pakai sekarang kali terakhir dikemas kini pada 2018 dan didakwa tidak selari dengan teknologi automotif hari ini. - Gambar hiasan/Freepik
'Jangan ada sikap kawan makan kawan' - Puteri UMNO
Amal turut menyeru pemimpin masa kini mewarisi contoh terbaik kepada generasi baharu hari ini.
ISN fokus R&D sukan berpotensi menjelang Olimpik LA 2028
Institut Sukan Negara (ISN) akan memperkasa program penyelidikan dan pembangunan (R&D) dengan tumpuan khusus kepada sukan berpotensi tinggi di Sukan Olimpik Los Angeles 2028 menggunakan peru
Donald Trump lantik bekas ketua perisikan jadi utusan presiden
Jawatan itu dijangka akan memacu dasar-dasar terhadap beberapa musuh AS termasuk Korea Utara.
Turkiye tegaskan dukungan ke atas Syria pasca konflik
Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan memberi jaminan bahawa Turkiye akan terus berdiri bersama rakyat Syria dalam proses pemulihan dan pembinaan semula negara itu.
Dalam catatannya di X, Erdogan berkata sokongan akan terus diberikan tanpa mengira latar belakang rakyat Syria demi memastikan negara itu bangkit semula sebagai sebuah negara yang aman dan stabil.
Dalam catatannya di X, Erdogan berkata sokongan akan terus diberikan tanpa mengira latar belakang rakyat Syria demi memastikan negara itu bangkit semula sebagai sebuah negara yang aman dan stabil.
Syria fokus pemulihan, tolak konflik baharu dengan Israel
Pemimpin de facto Syria, Ahmad al-Sharaa, pada Sabtu menyatakan bahawa Israel menggunakan alasan palsu untuk mengesahkan serangan terhadap Syria.
Namun, beliau menegaskan bahawa Syria tidak berminat terlibat dalam konflik baharu.
Namun, beliau menegaskan bahawa Syria tidak berminat terlibat dalam konflik baharu.
Piala AMEC: Ekor Harimau diancam penyokong lawan di Stadium Rajamangala akibat provokasi
Situasi tegang itu berpunca daripada kedua-dua pihak yang saling berbalas provokasi tetapi keadaan itu terkawal.
Bayi lelaki berbalut kain ditemui dalam semak belakang surau di Manjung
Siasatan pihak polis mendapati bayi lelaki tersebut ditinggalkan dalam semak dan berbalut dengan kain.
‘UMNO bukan parti yang boleh ditendang, perlu kaji kedudukan dalam kerajaan’ - Dr Akmal
Dr Muhamad Akmal menyifatkan UMNO bukan sebuah parti yang boleh ditendang mengikut sesuka hati.
FBI dedah foto wartawan AS yang hilang di Syria sejak 2012
Gambar tersebut disunting bagi memberi gambaran kemungkinan rupa paras beliau pada usia 40-an.
AWANI Ringkas: Jelajah Dunia BWF 2024 di China
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Persatuan lori jongket minta kerajaan kemas kini garis panduan had berat muatan
Garis panduan yang diguna pakai sekarang kali terakhir dikemas kini pada 2018 dan didakwa tidak selari dengan teknologi automotif hari ini.