GEORGE TOWN: Persatuan nelayan seharusnya memberi keutamaan kepada kebajikan nelayan dan bukannya menjadikan persatuan sebagai platform untuk mendesak atau mengugut golongan itu.
Pengerusi Jawatankuasa Taskforce Nelayan, Datuk Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman berkata pihaknya menerima maklumat berkenaan satu perhimpunan yang dirancang sekumpulan nelayan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk membantah projek Tambakan Laut Selatan Pulau Pinang (PSI) di Teluk Kumbar, Ahad ini.
Katanya, difahamkan semua nelayan yang menerima elaun sara hidup dan subsidi minyak di negeri ini diwajibkan menghadiri perhimpunan itu dan mendaftarkan kehadiran mereka atau elaun dan subsidi itu akan disekat.
"(Dalam) surat ketua-ketua unit kepada semua ahli nelayan masing-masing, terdapat satu perenggan yang menyatakan bahawa mesyuarat bersama-sama ketua unit telah bersetuju dan memutuskan bahawa tidak akan menyokong sebarang permohonan yang memerlukan pengesahan ketua unit sekiranya ahli-ahli tidak dapat hadir tanpa sebab yang munasabah.
"Saya mengecam tindakan Persatuan Nelayan Pulau Pinang (Pen Mutiara) kerana telah menggunakan pengesahan ketua-ketua unit untuk permohonan nelayan sebagai umpan untuk hadir ke perhimpunan awam yang dijadualkan ini," katanya dalam sidang media di sini hari ini.
Ahmad Zakiyuddin yang juga Timbalan Ketua Menteri I, berkata sebelum ini telah terdapat beberapa kes nelayan yang menyokong PSI tidak diperakukan untuk mendapat elaun sara hidup dan subsidi minyak, selain dilucutkan keahlian daripada unit dan persatuan nelayan masing-masing atas alasan menyokong projek berkenaan.
Beliau menegaskan bahawa elaun dan subsidi minyak yang diberikan kepada nelayan tersebut adalah daripada peruntukan kerajaan Persekutuan berdasarkan kriteria yang ditetapkan.
"Pihak kerajaan negeri tidak menghalang sesiapa untuk menyuarakan pendapat masing-masing tetapi semua ini haruslah dilakukan secara profesional tanpa menjejaskan hak nelayan.
"Saya di sini ingin memberi jaminan kepada golongan nelayan yang terlibat bahawa Pusat Perkhidmatan Setempat Nelayan yang ditubuhkan oleh Jawatankuasa Taskforce Nelayan di Permatang Damar Laut, Gertak Sanggul dan Sungai Batu sedia membantu mereka yang menghadapi masalah," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu May 11 2023
Ahmad Zakiyuddin berkata, sebelum ini telah terdapat beberapa kes nelayan yang menyokong PSI tidak diperakukan untuk mendapat elaun sara hidup dan subsidi minyak. - Gambar fail
Semakan lengkap industri pertengahan kewangan sedang dijalankan - BNM
Kajian semula yang lebih menyeluruh terhadap industri pengantara kewangan sedang dijalankan, kata Penolong Gabenor Bank Negara Malaysia.
Piala FA 2024: Laluan mudah buat juara bertahan JDT
Melalui undian, JDT dilihat meraih lawan mudah dengan mengetuai 12 lagi pasukan Liga Super serta tiga pasukan daripada Liga A1 Semi Pro.
Dua wanita cedera, kereta terbalik dalam longkang di Lebuhraya WCE
Empat mangsa dalam kereta itu merupakan dua wanita dewasa, seorang lelaki dewasa dan seorang kanak-kanak perempuan.
Menteri China, Liu Jianchao bertemu pegawai kanan PKR diketuai Nurul Izzah
Malaysia sangat mementingkan hubungan dengan China dan pencapaian luar biasa China dalam pembangunan ekonomi dan sosial amat mengagumkan.
Polis minta bantuan kesan Safiea Dania, hilang lepas naik e-hailing
Kali terakhir ditemui adalah pada 24 April jam 6.35 petang, ketika dia menggunakan perkhidmatan e-hailing untuk ke tempat kerja.
AirAsia dipilih rakan penerbangan rasmi Sidang Kemuncak Malaysia-China 2024
Sidang kemuncak itu adalah peluang strategik untuk meningkatkan hubungan perdagangan, pelaburan dan kebudayaan Malaysia.
SC pelawa permohonan untuk Program Kepimpinan investED 2024
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia mempelawa permohonan untuk kohort kedua Program Kepimpinan investED, sebuah program siswazah pasaran modal.
Pusat Latihan TFC dipasang CCTV
Hishamuddin berkata langkah itu diambil selepas perbincangan lanjut dengan pihak polis yang masih giat memburu suspek samun berkenaan.
Bonus 8 bulan bakal diterima kakitangan Singapore Airlines
Para pekerja Singapora Airlines akan mendapat bonus 32 minggu atau bersamaan sekitar 7.94 bulan gaji pokok.
Kes jenayah komersial di Pahang menurun dalam tempoh Januari-April tahun ini
Yahaya berkata dalam tempoh sama tahun lepas, sebanyak 743 kertas siasatan dibuka iaitu penurunan sebanyak 113 kes.
Persatuan patut utama kebajikan nelayan, bukan jadi platform ugut - Ahmad Zakiyuddin
Susulan satu perhimpunan yang dirancang sekumpulan nelayan dan NGO untuk membantah projek Tambakan Laut PSI di Teluk Kumbar, Ahad ini.