awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Program Rakan Muda terus diperkasakan, lahir belia berkualiti
Nelayan warga emas ditemukan lemas di Pengerang
Steven Spielberg sertai kelab elit EGOT selepas menang Grammy pertama
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Persatuan pengilang beras mohon tetapkan kuota belian padi 20,000 tan metrik

Bernama
Bernama
28/12/2023
11:10 MYT
Persatuan pengilang beras mohon tetapkan kuota belian padi 20,000 tan metrik
Pengerusi PPBMM Mohamad Termizi Yop berkata dengan peruntukan kuota itu setiap kilang akan mendapat peluang sama rata, sekali gus membantu pengilang khususnya bumiputera. - Foto Sinar Harian
ALOR SETAR: Persatuan Pengilang Beras Melayu Malaysia (PPBMM) memohon agar kerajaan menetapkan kuota belian padi pada 20,000 tan metrik sahaja kepada setiap kilang di negara ini.
Pengerusi PPBMM Mohamad Termizi Yop berkata dengan peruntukan kuota itu setiap kilang akan mendapat peluang sama rata, sekali gus membantu pengilang khususnya bumiputera.
"Sekarang tiada kuota ditetapkan, ada pengilang yang terima belian padi 40,000, 60,000 dan 70,000 tan metrik," katanya pada sidang media selepas Mesyuarat Agung PPBMM ke-46 di sini, hari ini.
Menurutnya pihak persatuan juga mendapati banyak pengilang beras kecil terutamanya milik bumiputera gulung tikar apabila gagal memperoleh belian padi untuk menampung kos operasi mereka.
Beliau berkata di Kedah, daripada 35 pengilang bumiputera, hanya tujuh yang masih aktif beroperasi.
PADI-KUOTA 2 (AKHIR) ALOR SETAR
Mohamad Termizi berkata pihaknya yakin penetapan kuota itu dapat membantu mengatasi pelbagai isu berkaitan bekalan beras negara seperti penyelewengan dan penipuan sehingga berlaku kekurangan beras seperti sebelum ini.
Selain itu, katanya PPBMM juga memohon supaya pindahan padi antara negeri ke negeri, dikaji semula dan perlu mendapat pandangan daripada setiap kilang di dalam negeri tersebut terlebih dahulu.
"Perkara ini juga perlu diberi perhatian bagi mengelak berlakunya tawaran harga daripada orang tengah yang tidak munasabah dan mengaut keuntungan," katanya.
Katanya lagi antara isu lain perlu diberi perhatian ialah memastikan simpanan beras (stockpile) negara adalah beras tempatan sahaja dan kerajaan diminta menyediakan gudang-gudang di setiap negeri.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Persatuan Pengilang Beras Melayu Malaysia
#kuota belian padi
#Pengerusi PPBMM Mohamad Termizi Yop
#kilang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan