KUALA LUMPUR: Kemeriahan sambutan Deepavali pada tahun ini lebih dirasai selepas dua tahun perayaan itu disambut secara sederhana susulan pandemik COVID-19.
Kurang dari 24 jam detik perayaan itu diraikan, masyarakat India di seluruh negara sedang giat membuat persiapan di saat akhir meskipun perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.
Di ibu kota, tinjauan Bernama di kawasan Little India, Jalan Tun Sambanthan, Brickfields di sini, mendapati kawasan itu sesak dengan pelbagai lapisan pengunjung khususnya penganut Hindu.
Seorang peniaga makanan yang hanya mahu dikenali sebagai Ros, 27, berkongsi keterujaannya kerana lokasi tempatnya berniaga meriah dan didatangi orang ramai sejak pagi tadi.
Menurut Ros, kawasan tersebut dijangka akan lebih meriah selepas jam 7 malam susulan diskaun sehingga 70 peratus akan ditawarkan kepada pembeli.
Penjual pakaian, M. Amutha, 28, pula berkata beliau berterima kasih kepada kerajaan kerana memberi sedikit kelonggaran untuk mereka meraikan perayaan tersebut.
"Tahun lepas COVID-19, kami tidak buat apa-apa persiapan, hanya bersederhana, namun tahun ini sedikit meriah kerana dapat meraikannya dengan keluarga di kampung," katanya yang akan pulang ke kampung pada esok pagi.
Di PERAK, tumpuan terarah di Little India, Ipoh, dengan khemah jualan diserbu pengunjung tempatan dan luar untuk membeli pakaian, makanan, barang perhiasan bagi kelengkapan rumah dan sembahyang menjelang sambutan perayaan itu esok.
Tinjauan mendapati, seawal 10 pagi, orang ramai mula mengunjungi khemah jualan yang menawarkan pelbagai koleksi sari, perkhidmatan mewarnakan inai di jari, membeli kad gantung mengandungi tulisan sambutan Hari Deepavali selain membeli maruku.
Walaupun keadaan sesak, namun ia terkawal dari segi prosedur operasi standard (SOP) dengan pengunjung memakai pelitup muka dan tidak terlalu berhimpit di premis perniagaan sambil memilih keperluan perayaan secara tenang serta teratur.
Di NEGERI SEMBILAN, kawasan 'Little India' di Jalan Dato Lee Fong Yee, Seremban sesak dengan pengunjung yang melakukan pembelian di saat akhir menjelang perayaan Deepavali esok.
Pengunjung S. Kulenderan, 33, berkata kemeriahan berkenaan sudah lama tidak dirasai sejak negara dilanda pendemik COVID-19 dan pergerakan orang ramai terpaksa dihadkan bagi mengurangkan penularan wabak itu.
Bagi pekerja di kedai pakaian, S. Kumar, 32, berkata dia gembira kerana kehadiran pelanggan yang semakin meningkat sejak beberapa minggu lepas yang membuat persiapan awal untuk sambutan Pesta Cahaya itu.
Di JOHOR, seorang pekerja swasta, P. Thanaletchumi, 44, berkata dia amat bersyukur dan berterima kasih kepada kerajaan kerana dapat meraikan perayaan Deepavali pada tahun ini dalam suasana norma baharu.
"Pembukaan kedai dan pasar membantu kami untuk menyambut Deepavali dengan lebih meriah, kami juga dapat menziarah ahli keluarga di dalam dan luar negeri. Saya amat gembira kerana kita dapat kunjung mengunjung bersama keluarga dan rakan-rakan," katanya.
Bagi seorang pelajar, N. Niharuka, 13, berkata sambutan Pesta Cahaya tahun ini bagi dirinya amat bermakna selepas hanya dapat meraikan Deepavali tahun lalu dengan 'berkurung' di rumah.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Nov 03 2021
Penganut Hindu membuat persiapan akhir menjelang sambutan Deepavali esok dengan membeli pelbagai jenis manisan ketika di sekitar kawasan Little India, Brickfields. - Gambar/ Bernama
Tumpuan Sabtu – 14 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (13 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
IPT di negara ini sedia sepenuhnya kuasai AI
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih wifi di tiga IPTA
Sebanyak RM13.7 juta telah diperuntuk bagi meningkatkan akses internet di tiga universiti awam iaitu Universiti Malaya, Universiti Sains Islam Malaysia dan Universiti Malaysia Perlis.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ia merupakan langkah awal dalam menyelesaikan masalah liputan internet yang telah lama membelenggu institusi pengajian tinggi.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ia merupakan langkah awal dalam menyelesaikan masalah liputan internet yang telah lama membelenggu institusi pengajian tinggi.
MAHB beri peruntukkan RM1.4 juta untuk bantu mangsa banjir
Menerusi kenyataan media oleh MAHB pada jumaat, setakat ini, usaha bantuan ditumpukan di kawasan sekitar tiga lapangan terbang iaitu Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim di Alor Setar, Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di Kota Bharu dan Lapangan Terbang Sultan Mahmud di Kuala Terengganu.
Tujuh suspek kes curi kabel, cuba langgar polis ditahan
Tujuh suspek disyaki dalang kes curi kabel di Jalan Lang Hitam, dekat Manjalara, Kepong di sini pada 4 Disember lalu ditahan dalam beberapa siri serbuan sekitar Kuala Lumpur serta Selangor.
Kes Bayi Beku: Polis akan rakam keterangan pihak hospital terlibat
Polis akan memanggil pihak hospital yang terlibat untuk dirakam keterangan berhubung kejadian tular membabitkan jenazah bayi disimpan dalam peti sejuk mayat di Klang baru-baru ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 13 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Mohamed al-Bashir pimpin solat Jumaat pertama selepas kejatuhan Assad
Rakyat Syria berkumpul di Masjid Umayyad, Damaskus untuk menunaikan solat Jumaat pertama selepas kejatuhan kerajaan Bashar al-Assad.
Hadiah Deepavali buat pekebun bebas tuduhan bunuh ibu saudara
Seorang pekebun yang dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini atas pertuduhan membunuh ibu saudaranya menyifatkan keputusan itu sebagai hadiah Deepavali.
Pandu secara melulu dan berbahaya kesalahan tertinggi sepanjang Deepavali
Memandu secara melulu dan berbahaya merupakan kesalahan tertinggi yang telah menyumbang kepada kebanyakan kes kemalangan maut sepanjang perayaan Deepavali lepas.
Trafik bergerak perlahan di lebuh raya utama menghala ke ibu negara
Trafik perlahan di beberapa lokasi seperti Bidor ke Sungkai dan Lembah Beringin ke Bukit Tagar disebabkan kemalangan.
Aliran trafik di lebuh raya utama menuju Lembah Klang terkawal pagi ini
Aliran trafik di lebuh raya utama menghala ke Lembah Klang terkawal namun jumlah kenderaan dijangka meningkat menjelang tengah hari.
Mayat wanita mati lemas ditemukan di Lubuk Buluh
Mayat Kasthuri ditemui orang awam jam 5.50 petang ketika operasi mencari dan menyelamat dilakukan.
PM sampai sumbangan, kelengkapan Deepavali kepada Joselyn Dewi
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan sumbangan dan kelengkapan Deepavali kepada Joselyn Dewi dan keluarganya.
Deepavali disambut meriah, penuh warna-warni seluruh negara
Perayaan Deepavali yang juga dikenali sebagai Diwali diraikan dengan penuh meriah dan warna-warni hari ini dengan penganut agama Hindu di Malaysia seawal pagi mula membanjiri kuil.
Atlet, bekas atlet terima sumbangan sempena Deepavali
MSN bersama YAKEB dan F&N sampaikan sumbangan kepada bekas atlet kebangsaan di sekitar Lembah Klang dan Pulau Pinang sempena sambutan Deepavali.
TPM, Jemaah Menteri ucap Selamat Menyambut Deepavali
Semoga Deepavali menjadi jambatan pengukuh ikatan kekeluargaan dan persahabatan serta menyemai keharmonian di negara ini.
PM Anwar ajak masyarakat hayati makna Deepavali
Pesta Cahaya tidak sekadar bawa kesejahteraan, tetapi turut meneruskan perjuangan ke arah kebaikan dan keadilan demi masa depan yang lebih baik, kata PM.