awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Johor bakal kaji semula potensi penggunaan air bawah tanah untuk pusat data - Exco
Rizalman bersyukur, jariah bina Surau Ar Rijal bersama penderma Yayasan RI terlaksana
Pekerja Bangladesh maut dihempap kren di Jalan Perak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Persiapan masyair capai 60 peratus

Bernama
Bernama
13/06/2023
04:45 MYT
Persiapan masyair capai 60 peratus
Tahap kesediaan khemah di Arafah dan Mina bagi operasi masyair untuk jemaah haji Malaysia kini mencapai 60 peratus menjelang hari wukuf pada 9 Zulhijjah atau 27 Jun ini, kata Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman.- Gambar BERNAMA
MAKKAH: Tahap kesediaan khemah di Arafah dan Mina bagi operasi masyair untuk jemaah haji Malaysia kini mencapai 60 peratus menjelang hari wukuf pada 9 Zulhijjah atau 27 Jun ini.
Ketua Rombongan Haji Malaysia, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman berkata, pihaknya yakin segala persiapan meliputi khemah, bekalan elektrik, bekalan dan bilik air akan siap 100 peratus sebelum jemaah haji masuk ke Arafah pada 8 Zulhijjah.
"Ada masa lagi untuk kita menyiapkan (operasi masyair) sebelum kita menerima jemaah haji Malaysia," katanya kepada pemberita selepas lawatan ke kawasan operasi masyair di sini.
Operasi masyair adalah kemuncak kepada keseluruhan operasi haji yang melibatkan pergerakan jemaah haji Malaysia ke Arafah, Muzdalifah dan Mina bagi tempoh lima hari bermula 8 hingga 13 Zulhijjah bagi menyempurnakan ibadah rukun dan wajib haji.
Syed Saleh turut mengingatkan 31,600 jemaah haji negara untuk bersedia dengan cuaca panas dan ruang khemah yang terhad.
Bagaimanapun, beliau berkata, TH menyediakan kemudahan seperti penyaman udara dan klinik untuk keselesaan para jemaah melaksanakan rukun Islam kelima itu.
Sementara itu, TH mengadakan majlis bacaan Yasin, solat hajat memohon kelancaran operasi masyair dan munajat, bersama petugas haji di Ibu Pejabat TH Makkah, Abraj Janadriyah di sini, semalam. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#Haji 1444H
#operasi masyair
#Tabung Haji
#jemaah malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan