awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Salji sebabkan kesesakan lalu lintas di Paris, utara Perancis
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Gajah mengamuk bunuh enam orang di timur India
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Persidangan DUN Johor sebulat suara lulus Belanjawan 2026

Bernama
Bernama
21/11/2025
13:45 MYT
Persidangan DUN Johor sebulat suara lulus Belanjawan 2026
Onn Hafiz ketika berucap dalam penggulungan hari ini, turut menzahirkan penghargaan kepada kesemua ADUN yang memberi maklum balas berhubung belanjawan itu. - Gambar fail/Bernama
ISKANDAR PUTERI: Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor hari ini sebulat suara meluluskan Belanjawan Johor 2026 yang bertemakan "Bangsa Johor Sejahtera" dengan unjuran perbelanjaan berjumlah RM2.546 bilion.

Ringkasan AI
  • DUN Johor meluluskan Belanjawan Johor 2026 sebanyak RM2.546 bilion dengan tema "Bangsa Johor Sejahtera", lebihan RM4.45 juta berbanding unjuran hasil negeri tahun hadapan.
  • Belanjawan tersebut dibahaskan selama tiga hari melibatkan 56 ADUN, disampaikan oleh Speaker DUN Johor Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi.
  • Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi menyatakan belanjawan itu selaras dengan Enam Teras Maju Johor, merangkumi 260 inisiatif pembangunan sosial, ekonomi, dan kesejahteraan rakyat.

Ia merupakan belanjawan lebihan sebanyak RM4.45 juta, berbanding hasil negeri yang dijangka berjumlah RM2.550 bilion pada tahun hadapan.
Belanjawan Johor 2026 dibahaskan selama tiga hari bermula 17 Nov dengan membabitkan 56 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).
Perkara itu dimaklumkan oleh Speaker DUN Johor Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi pada hari terakhir persidangan kali ini di Bangunan Sultan Ismail, Kota Iskandar di sini.
Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi ketika berucap dalam penggulungan hari ini, turut menzahirkan penghargaan kepada kesemua ADUN yang memberi maklum balas berhubung belanjawan itu.
Onn Hafiz ketika membentangkan belanjawan itu pada 13 Nov lepas berkata Belanjawan Johor 2026 dirangka selaras dengan Enam Teras Maju Johor yang merangkumi 260 inisiatif pembangunan sosial, ekonomi dan kesejahteraan rakyat.
Belanjawan itu juga katanya, bukan sahaja memperkukuh asas ekonomi negeri, tetapi turut menzahirkan nilai tanggungjawab moral dan sosial terhadap rakyat.
-- BERNAMA
Kalkulator Belanjawan 2026 - Ketahui Apa Manfaat Anda di sini!
Topic Berkaitan
#Belanjawan 2026
#hari terakhir
#pembangunan sosial
#maklum balas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan