PUTRAJAYA: Persijilan logo halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) adalah berfokus kepada pensijilan halal bagi makanan manusia, dan ia tidak mencakupi skop makanan ternakan, kata Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS).
"Justeru logo halal tidak boleh digunakan pada label makanan haiwan," kata DVS dalam satu kenyataan hari ini sebagai maklum balas terhadap penulisan 'Dr Saari' yang tular di aplikasi 'WhatsApp' mengenai status halal makanan ternakan untuk ayam.
DVS juga berkata penulisan "Dr Saari" yang ditular itu merupakan isu yang diketengahkan pada 2007 dan pernah dijawab Jakim pada 20 Jun 2016.
Semakan mendapati isu tersebut tular sejak 2007 yang mana pengamal media sosial yang memperkenalkan diri sebagai Dr Saari dari sebuah universiti awam mendakwa makanan ternakan terutamanya ayam mengandungi sumber tidak halal.
DVS berkata aktiviti pengilangan makanan ternakan ayam adalah tertakluk kepada Akta Makanan Haiwan 2009 yang mengawal selia kualiti makanan haiwan dengan mengawal pengimportan, pembuatan, penjualan dan penggunaan makanan haiwan serta bahan tambahan makanan haiwan.
Ini bagi memastikan bahawa makanan haiwan memenuhi keperluan nutrien bagi haiwan, tidak memudaratkan haiwan serta tidak tercemar supaya haiwan dan keluaran haiwan selamat untuk dimakan oleh manusia dan untuk kegunaan lain, katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jun 02 2023
Persijilan logo halal Jakim adalah berfokus kepada pensijilan halal bagi makanan manusia.
Polis, TNB Kuantan potong bekalan elektrik di 10 premis judi haram
Sepuluh premis yang menjalankan kegiatan perjudian di Kuantan dikenakan tindakan pemotongan bekalan elektrik oleh pihak polis dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) sejak Khamis lepas.
Georgia akan adakan pilihan raya presiden pada Sabtu
Pilihan raya presiden dijadualkan berlangsung di Georgia di tengah-tengah protes berterusan pembangkang.
Megat D Shahriman kekal terajui MPM
Datuk Seri Megat D Shahriman Zaharudin berjaya mempertahankan jawatan Presiden Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) buat penggal kedua berturut-turut pada Mesyuarat Agung Tahunan MPM kali ke-25, hari ini.
Lebih 7.2 juta orang terutama kanak-kanak, berisiko lemas menjelang 2050 - WHO
Laporan pertama WHO mengenai pencegahan lemas itu memuji penurunan kadar kematian lemas global sebagai "pencapaian kesihatan global yang utama."
AWANI Ringkas: Jasad bayi dalam peti sejuk
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Penunjuk perasaan berhimpun menjelang undi pemecatan kedua
Penunjuk perasaan berkumpul di luar Dewan Perhimpunan Nasional Korea Selatan menjelang undi pemecatan kedua Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol pada Sabtu selepas percubaannya mengisytiharkan undang-undang tentera sekali gus mencetuskan krisis politik.
Aksi spontan guru suap makanan kepada murid tular
Perlakuan bersahaja seorang guru, Janorashikin Jasdi menyuapkan makanan ke mulut murid prasekolah dari kaum India ketika menyertai satu perlawanan bola sepak di Pulau Pinang, mendapat pujian ramai.
Jenazah bayi beku: KKM tunggu dapatan siasatan CKAPS, dijangka minggu depan
KKM sedang menunggu dapatan laporan siasatan CKAPS mengenai dakwaan sebuah hospital swasta menahan jenazah bayi kerana ibu bapa gagal menjelaskan bil hospital lebih awal.
Zahid tidak terima makluman tengku zafrul keluar UMNO
Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata beliau tidak menerima sebarang pemakluman daripada Ahli Majlis Tertinggi UMNO Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz untuk keluar daripada parti itu bagi menyertai parti lain.
Jimat kos, majlis kahwin beramai-ramai semakin popular di Mexico
Sejumlah pasangan diraikan dalam satu majlis perkahwinan beramai ramai di Mexico City pada Jumaat.
Persijilan logo halal Jakim tidak cakupi skop makanan ternakan - DVS
Persijilan logo halal Jakim adalah berfokus kepada pensijilan halal bagi makanan manusia.
COVID-19: Syarikat terperangkap tanpa persediaan pelan kelangsungan perniagaan
Desas-desus penutupan perniagaan dan pembuangan pekerja ekoran wabak COVID-19 ini semakin hangat