KUALA LUMPUR: Ketika persepsi ramai anak muda cenderung menjauhkan diri daripada menjadikan pertanian sebagai sumber mata pencarian, seorang usahawan tani dari Malaysia percaya pandangan itu akan terhakis, setelah menyedari potensi pertanian pintar dalam menangani krisis keselamatan makanan global.
Navanith Pillay, 36, dari Selangor berkata pertanian pintar yang menggabungkan gajet berteknologi tinggi dan kecerdasan buatan (AI) untuk tanaman semakin mendapat tempat dalam kalangan petani muda di seluruh dunia.
Penanaman pintar menjimatkan masa dan wang dengan bantuan penderia dan AI yang berupaya menganalisis data bagi mengekalkan persekitaran pertanian optimum dan hasil yang baik.
Teknik pertanian pintar ialah konsep baharu yang merujuk kepada pengurusan ladang menggunakan teknologi seperti Internet Pelbagai Benda (IoT), robotik, dron dan AI untuk meningkatkan kuantiti dan kualiti produk sambil mengoptimumkan tenaga manusia.
Ia mengurangkan sisa, meningkatkan produktiviti dan membolehkan banyak pengurusan sumber dibuat melalui penderiaan jauh.
Keadaan keselamatan makanan yang semakin merosot akibat konflik Ukraine-Rusia menimbulkan banyak cabaran di seluruh dunia. Sebagai usaha menangani masalah itu, usahawan tani muda termasuk di Malaysia perlahan-lahan beralih ke penggunaan teknologi pertanian pintar dan pertanian jitu untuk menanam dan mengumpul lebih banyak makanan bagi kegunaan tempatan sambil mengurangkan kesan alam sekitar serta sisa baja dan racun perosak.
"Konflik Ukraine-Rusia menyebabkan banyak negara yang bergantung dengan makanan import dalam keadaan terdesak berikutan harga makanan terus meningkat yang belum pernah berlaku sehingga mendorong negara mula berfikir di luar kotak bagi memenuhi keperluan makanan mereka, dengan ramai melihat pertanian pintar sebagai alternatif yang berdaya maju.
"Kajian menunjukkan amalan pertanian pintar boleh meningkatkan hasil tanaman dan keselamatan makanan di negara membangun, dengan penyelidik mendapati petani yang mengamalkan kaedah itu dapat meningkatkan hasil mereka dan menjadi mampan dalam industri pertanian," katanya kepada Bernama dalam satu temu bual eksklusif.
Navanith, yang mengendalikan ladang pintar nanas pelbagai jenis MD2 seluas 20 ekar di Selangor Fruit Valley, sebuah ladang buah-buahan tropika di Rawang, Selangor, berkata beliau kini bergantung pada teknologi pintar untuk memantau tanaman dan pengeluarannya.
"Malah saya boleh menguruskan tanaman saya dari jauh dan pada bila-bila masa tanpa perlu bersusah payah berada di ladang sepanjang masa," kata Ketua Pegawai Eksekutif NP Asia Sdn Bhd itu.
Beliau berkata sistem ladang pintarnya menerima teknologi Korea dengan kebanyakan kerja dilakukan menerusi telefon pintar.
"Saya kerap memeriksa telefon saya untuk memantau suhu dan kelembapan ladang. Jika ada masalah berkaitan keadaan tanah, saya boleh mengesannya menerusi telefon dan akan mengambil langkah yang perlu untuk menanganinya," katanya.
Menurut usahawan tani itu, pegawai kedutaan Korea di Malaysia pernah melawat projek ladang pintarnya dan memuji usaha beliau dalam menghasilkan pelbagai jenis nanas MD2 yang berkualiti.
Lebih dikenali sebagai Alex Np dalam kalangan rakan niaganya, beliau kini mempelbagaikan perniagaannya dengan menceburi bidang pengeluaran jus nanas MD2 dan santan dengan membuka sebuah kilang dilengkapi jentera asas di Rawang.
"Golongan muda di Malaysia perlu berfikir di luar kotak dengan menjadi 'bos' dan cara terbaik untuk maju ialah menceburi bidang perniagaan pertanian pintar.
"Jika ada kemahuan untuk berjaya, mereka boleh memperoleh pendapatan lumayan sehingga RM20,000 bulan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Sep 17 2022
Navanith Pillay, 36, dari Selangor berkata pertanian pintar yang menggabungkan gajet berteknologi tinggi dan kecerdasan buatan (AI) untuk tanaman semakin mendapat tempat dalam kalangan petani muda di seluruh dunia. -Navanith pillay/BERNAMA
Michelle Yeoh terima penghormatan tertinggi Amerika
Michelle Yeoh akan dianugerahkan Pingat Kebebasan Presiden oleh Presiden Joe Biden pada majlis rasmi di White House pada 3 Mei depan.
PM Lee akan hadir Pemukiman Pemimpin Singapura-Indonesia di Bogor
Ini merupakan permukiman ketujuh dihadiri Lee dan Pemukiman Pemimpin terakhir dengan Joko Widodo yang lebih dikenali sebagai Jokowi.
Strok haba: Kerajaan Thailand nasihatkan kumpulan berisiko tinggi supaya tidak keluar rumah
Kanak-kanak, pesakit dan golongan tua diingatkan mengelak daripada terlibat dalam aktiviti di luar bangunan selepas strok haba meragut sekurang-kurangnya 30 nyawa di Thailand.
KKM kekal keputusan pinda Akta Perubatan 1971
KKM kekal dengan keputusan untuk meminda Akta 50 bagi menangani jurang antara PPP dan Program Sarjana Perubatan tempatan biarpun mendapat bantahan sesetengah pihak.
Malaysia-China bincang perkukuh kerjasama sektor pendidikan tinggi
Sempena sambutan Ulang Tahun ke-50 Hubungan Diplomatik, Malaysia dan China bincang inisiatif strategik perluas dan perkukuh jalinan kerjasama sektor pendidikan tinggi.
Freedom Flotilla to Gaza: Semua delegasi diminta pulang, FFC akan maklumkan tarikh baharu misi
Freedom Flotilla Coalition tidak dapat meneruskan misi penghantaran bantuan ke Gaza untuk kali ini.
Biden rancang untuk berdebat dengan Trump
Sebelum ini, Biden tidak komited untuk berdebat dengan lawannya, Trump.
Pesta Kaamatan 2024 dilancar pada 1 Mei di Ranau, Sabah
Sambutan perayaan Pesta Kaamatan 2024 akan dilancarkan pada 1 Mei di Ranau dan diadakan sambutan di peringkat daerah, di Sarawak dan Semenanjung.
Khairulnizam layak ke Sukan Olimpik Paris 2024
Khairulnizam Mohd Afendy sah akan mengiringi Nur Shazrin Mohd Latif ke Sukan Olimpik Paris 2024, juga merupakan penampilan keempat berturut-turut di temasya berprestij itu.
Musibah banjir buka peluang 'rezeki lebih' usahawan F&B melalui IPR
Musibah banjir yang melanda Johor tahun lepas membuka peluang rezeki baharu kepada usahawan makanan dan minuman, Haida Abdul Rahman.
Pameran Show-Tech tonjol hasil inovasi dan penyelidikan MARDI
Lebih 300 teknologi dan hasil inovasi MARDI bakal menjadi tarikan utama Showcase Technology MARDI 2023 (Show-Tech) yang akan berlangsung di MAEPS di sini selama tiga hari bermula 25 Ogos depan.
Pertanian pintar berpotensi untuk maju pada masa depan
Pertanian pintar yang menggabungkan gajet berteknologi tinggi dan kecerdasan buatan (AI) untuk tanaman semakin mendapat tempat dalam kalangan petani muda di seluruh dunia.
Adaptasi kemahiran pertanian pintar, perkukuh posisi Felda - PM
Ia mampu direalisasikan apabila Felda yang memiliki bank tanah pertanian yang luas, mengadaptasi kemahiran dalam pertanian pintar.