WASHINGTON: Selepas berminggu-minggu penuh debaran, khabar angin mengatakan pertarungan tinju antara jutawan Mark Zuckerberg dan Elon Musk yang ditunggu-tunggu, dijangka tidak menjadi kenyataan, lapor United Press International (UPI).
Menerusi platform media sosial baharunya Meta Threads pada Sabtu, Zuckerberg berkata sudah tiba masanya untuk melupakan pertarungan itu.
Pemilik Meta itu kerap berkongsi foto dan video latihannya sejak beberapa bulan kebelakangan ini.
"Saya rasa kita semua boleh bersetuju Elon tidak serius dan sudah tiba masanya untuk melupakannya. Jika Elon serius mengenai pertarungan itu... beliau tahu cara untuk menghubungi saya," kata Zuckerberg.
Zuckerberg berkata pemilik UFC Dana White juga telah bersetuju untuk menjadikan pertarungan itu sebagai acara rasmi dan menyalurkan kutipan hasil pertarungan itu untuk tujuan amal, namun Musk belum mengesahkan tarikhnya.
Beliau juga berkata Musk mencadangkan kedua-dua mereka berlatih di belakang rumah Zuckerberg.
Hantaran Zuckerberg itu dibuat seminggu selepas Musk mendakwa pertarungan tertutup itu (cage fight) akan disiarkan di X (dahulunya Twitter).
Dalam hantaran di Twitter pada Jumaat, beliau berkata pertarungan itu akan diuruskan oleh yayasan Zuckerberg dan bukan UFC.
"Pertarungan akan diuruskan oleh yayasan saya dan Zuck (bukan UFC). Penstriman langsung akan dibuat di platform ini dan Meta. Ia umpama pertarungan di zaman Rom purba.
"Saya ada bercakap dengan Perdana Menteri Itali dan Menteri Kebudayaan. Mereka bersetuju mengenai lokasi epik itu," menurut ciapan Musk.
Musk berkata acara itu akan menghormati masa kini dan masa lampau Itali.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Aug 14 2023
Zuckerberg (kanan) sebelum ini berkata, Musk (kiri) bersetuju untuk menjadikan pertarungan tinju itu sebagai acara rasmi dan menyalurkan kutipan hasil pertarungan untuk tujuan amal. - Gambar fail
Tok Mat doa operasi SAR Presiden Iran berjalan lancar
Mohamad Hasan mendoakan kelicinan operasi mencari dan menyelamat nahas helikopter yang melibatkan Presiden Iran Ebrahim Raisi dan Menteri Luar Iran.
Raja Salman jalani rawatan radang paru-paru
Raja Salman yang berusia 88 tahun itu akan dirawat dengan antibiotik sehingga keadaan radangnya pulih.
Chelsea layak beraksi di Eropah musim hadapan
Caicedo meletakkan mereka di landasan untuk tiga mata pada separuh masa pertama dengan penyudah jarak jauh yang menakjubkan.
Hampir setiap hari ada yang sesat, mujur ada Pasukan Peronda TH
Inspektor Mohamed Amer memaklumkan kes jemaah haji tersesat atau tersasar berlaku hampir setiap hari terutama dalam kalangan yang baru tiba.
Berakhirnya era Jurgen Klopp dengan kemenangan Liverpool
Jurgen Klopp menamatkan pimpinannya yang menakjubkan di Liverpool dengan kemenangan 2-0 ke atas Wolves yang beraksi 10 pemain di Anfield.
Manchester United akhiri musim dengan pencapaian terburuk
14 kekalahan liga mereka dalam satu musim adalah yang tertinggi sejak mencatatkan 16 kekalahan semasa kempen 1989-90 di bawah Sir Alex Ferguson.
Pas kutuk ugutan bunuh terhadap Teresa Kok
Parti itu turut bersolidariti dengan Kok dalam isu keselamatan dan perlindungan diri daripada sebarang perbuatan jenayah.
[LAPOR LANGSUNG] Helikopter terhempas: Nasib Presiden Raisi belum diketahui
Seorang pegawai berkata, nyawa Raisi dan Hossein Amirabdollahian berada dalam risiko berikutan nahas itu.
Helikopter terhempas: Nasib Presiden Raisi belum diketahui
Laporan awal menyatakan Raisi dalam perjalanan pulang dari lawatan ke sempadan Azerbaijan di barat laut Iran.
ECERDC komited tingkat kehidupan rakyat pantai timur selari SDG
Penganjuran Sidang Kemuncak SDG Malaysia 2024: Wilayah Timur jadi bukti keseriusan ECERDC dalam merealisasikan perkara tersebut.
Meta tawarkan sistem operasi yang menguasakan Quest kepada pengeluar lain
Ini sekali gus menjadikan Horizon OS akan menerajui arena set realiti maya, lebih kurang seperti Android yang menguasakan telefon pintar.
Di tangga ketiga manusia paling kaya dunia, Zuckerberg kini atasi Musk
Mark Zuckerberg mempunyai nilai kekayaan mencapai $187 bilion, mengatasi Elon Musk dengan nilai kekayaan $181 bilion.
Pra-perkahwinan Anant Ambani: Rihanna, Gates dan Zuckerberg antara jemputan
Dengan lebih 500 hidangan, 1,000 tetamu dan perbelanjaan mencecah jutaan dolar, inilah cara anak lelaki individu terkaya Asia dilaporkan meraikan pra-perkahwinannya mereka.
Mark Zuckerberg bincang risiko AI dengan PM Jepun
Ketua Meta dan pengasas Facebook sangat teruja dengan perkembangan yang berlaku di Jepun.
Mark Zuckerberg melonjak ke tempat ke-4 dalam senarai bilionair dunia
Nilai bersih kekayaan Zuckerberg mencecah AS$167 bilion iaitu peningkatan sebanyak A$27.6 bilion atau 19.88 peratus.
Tangani eksploitasi kanak-kanak: Lima CEO syarikat teknologi utama beri keterangan di Dewan Senat AS
Mereka terdiri daripada CEO TikTok, Discord, Snap, Meta dan X.
Meta ingin bangunkan AGI sumber terbuka untuk semua
Zuckerberg umum menerusi Threads bahawa Meta ingin membina AGI yang menggunakan sumber terbuka bagi memberikan kebaikan kepada semua.
Threads akhirnya dilancarkan di Eropah
Setakat ini Threads dikatakan mempunyai 100 juta pengguna aktif bulanan.
Pertarungan Zuckerberg-Musk mungkin tidak berlaku - Pemilik Meta
Menerusi Meta Threads pada Sabtu, Zuckerberg berkata sudah tiba masanya untuk melupakan pertarungan itu.
Musk, Zuckerberg bertarung di Rom?
Elon Musk mengumumkan pertarungan seni bela diri campuran (MMA) yang dinanti-nantikan dengan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Mark Zuckerberg akan berlangsung di Itali.