KUALA LUMPUR: Pertemuan antara Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Pengerusi merangkap Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Microsoft Satya Nadella, telah dijadual semula pada tarikh baharu.
Bercakap kepada Bernama, jurucakap Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) berkata ini berikutan perubahan jadual asal kunjungan Nadella ke Asia Tenggara.
Beliau sebelum ini dijadualkan mengunjungi Malaysia pada 20 Mac, 2024.
"Kami difahamkan kunjungan awal beliau ke beberapa negara di rantau ini telah dijadual semula berikutan faktor-faktor yang tidak dapat dielakkan," katanya ketika diminta mengulas perkembangan terbaharu berkaitan pertemuan berkenaan.
Beliau berkata tarikh baharu bagi kunjungan Nadella ke Malaysia akan diumumkan sebaik dapat disahkan kelak.
Laporan sebelum ini menyatakan Nadella dijadualkan mengunjungi Bangkok, Kuala Lumpur dan Jakarta dalam kunjungan ke Asia Tenggara dari 19-21 Mac, 2024, termasuk menghadiri acara berasingan 'Microsoft Build: AI Day.'
-- BERNAMA
Bernama
Sun Mar 17 2024
Jurucakap MITI berkata ini berikutan perubahan jadual asal kunjungan Nadella ke Asia Tenggara. - Gambar Bernama
Pelajar UCLA dakwa universiti lepas tangan
Sebagai pelajar di antara puluhan kampus yang membantah serangan di Gaza, Isabelle Friedman yang memimpin akhbar bebas pelajar UCLA berbicara mengenai cabaran kehidupan harian pelajar dan memberikan liputan berita yang seimbang ketika protes terus meningkat.
25 maut, 13 cedera bas terjunam dalam sungai Peru
Kemalangan bas di kawasan gunung Andes di utara Peru telah meragut 25 nyawa manakala 13 cedera pada Isnin.
Nahas Helikopter: Wira negara, damailah anda di sana
Satu negara bersimpati, bersedih dengan perginya pejuang yang telah banyak berjasa buat Malaysia. Bingkisan ini, istimewa buat semua wira yang kini berada di negara abadi.
PRK KKB: Serangan peribadi tak jejas kempen calon PH
Serangan peribadi oleh pihak lawan tidak sesekali menjejaskan perjalanan kempen calon Pakatan Harapan (PH) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu ini.
Pukul pelatih: Penyelia, pembantu pusat pemulihan dadah mengaku tidak bersalah
Penyelia dan pembantu sebuah pusat pemulihan dadah mengaku tidak bersalah menyebabkan kecederaan parah terhadap seorang pelatih lelaki.
2 pegawai syarikat pembekalan air direman kes rasuah RM3.3 juta
Perintah reman dikeluarkan Penolong Kanan Pendaftar Puan Nurzihan Abdul Rehman di Mahkamah Majistret, di Johor Bahru, pagi Selasa.
LBS menamatkan kempennya dengan ganjaran RM1.5 juta buat 1,400 pembeli bertuah
LBS Bina Group Berhad (LBS) sebagai pemaju yang mengutamakan pelanggannya telah menamatkan kempen LBS Fabulous Extra yang berjalan sejak 2022 hingga 2023 dengan ganjaran bernilai RM1.5 juta.
Pesawah dituduh buat kenyataan menghasut di WhatsApp
Seorang pesawah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini terhadap tuduhan membuat kenyataan menghasut di menerusi aplikasi WhatsApp pada Selasa.
9 tentera terbunuh nahas helikopter di Colombia
Helikopter itu terputus hubungan dengan pangkalan pada tengah hari dan kemudian didapati terhempas berhampiran daerah Santa Rosa.
Venue Piala Thomas, Uber di Chengdu dilanda 'demam' panda
Yang paling mencuri perhatian ialah magnet peti sejuk yang menampilkan Yu Rong Rong bermain badminton.
Bing kini digunakan lebih 140 juta pengguna setiap hari
Selain Bing, aplikasi Copilot untuk iOS dan Android juga memperlihatkan peningkatan kadar muat turun dari hari ke hari.
Kemas kini Windows 11 papar iklan pada menu Start, bagaimana untuk matikannya?
Microsoft memberi ruang untuk pengguna Windows 11 menyembunyikan paparan iklan berkenaan.
Microsoft uji paparan iklan pada menu Start di Windows 11
Microsoft mengatakan sokongan ini hanya terhad untuk pengguna peranti peribadi sahaja, dan penggunaan peranti komersial yang diuruskan oleh organisasi tidak terkesan dengan ujian ini.
Windows uji versi Notepad dengan integrasi ciri semakan ejaan
NOTEPAD merupakan salah satu aplikasi yang hadir terbina pada sistem operasi Windows, sekali gus memudahkan para pengguna untuk melakukan catatan pantas, atau membuka dokumen berbentuk *txt.
Microsoft dipersalahkan dalam serangan siber penggodam China
Serangan siber ini dipercayai sepatutnya tidak berlaku dan boleh dihalang. Namun begitu kegagalan sekuriti oleh Microsoft menjadi penyebab insiden ini berlaku.
Microsoft, OpenAI dilapor rancang projek pusat data AS$100 bilion
Projek berkenaan juga dijangka menambah sebuah adikomputer AI yang dinamakan Stargate seawal 2028.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Microsoft buang WordPad melalui kemas kini Windows 11 24H2
MICROSOFT kini memaklumkan mereka akan membuang perisian terbina WordPad pada semua edisi Windows, melalui kemas kini Windows 11 (24H2) yang akan ditawarkan kelak pada tahun ini.
Microsoft mahu integrasikan AI dalam konsol permainan video
Ubisoft telah pun menguji AI untuk menghas8ilkan dialog watak NPC.
Pertemuan PM Anwar, CEO Microsoft pada tarikh baharu
Pertemuan antara Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Pengerusi merangkap Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Microsoft Satya Nadella, telah dijadual semula pada tarikh baharu.