Terdapat pertikaian terhadap apa yang sebenarnya berlaku dua hari lepas di perairan Pulau Langgun di Langkawi di mana pihak berkuasa Malaysia mendakwa berlaku rompakan bersenjata.
Pihak berkuasa Thailand pula mendakwa ketiga-tiga anggota polis Satun dan timbalan ketua kampung yang ditangkap pihak berkuasa Malaysia hanya melakukan tugas mereka untuk menahan nelayan asing daripada menceroboh perairan Thailand.
"Kedua-dua pihak (Malaysia dan Thailand) mempunyai tuntutan masing-masing, tetapi kami akan membincangkannya (dakwaan kedua-dua belah pihak) kemudian.
"Buat masa ini, kami mahu agar mereka (empat rakyat Malaysia dan empat rakyat Thailand) dibebaskan dan pulang kepada keluarga masing-masing untuk hari raya (Aidiladha)," kata Gabenor Satun Pattanapon Rattanapichetchai kepada Bernama, pada Selasa.
Katanya, penyiasatan untuk mencari pihak yang bersalah dalam insiden itu akan mengambil masa dan akan menyebabkan kesemua lelaki terbabit yang kini ditahan pihak berkuasa Thailand dan Malaysia tidak akan dapat meraikan Aidiladha pada Rabu dengan orang tersayang.
Kedua-dua pihak menurut gabenor itu perlu berbincang bersama selepas Aidiladha bagi menyelesaikan masalah itu.
Hasil pertemuan antara pegawai Thailand dan Malaysia yang dipengerusikan oleh Pattanapon semalam, empat nelayan Malaysia yang ditahan di balai polis Satun telah dibebaskan pihak berkuasa Thailand kira-kira 11 malam Isnin (tengah malam di Malaysia) dan kembali ke Langkawi.
Pihak Thailand berharap pihak berkuasa Malaysia akan mengambil tindakan sama dan membebaskan tiga anggota polis dan timbalan ketua kampung yang kini ditahan di Langkawi.
Menurutnya, perbincangan semalam, berlangsung dengan baik dengan kedua belah pihak saling berusaha untuk menyelesaikan isu tersebut dan mengelakkannya daripada menjadi lebih rumit.
Katanya, pihak berkuasa Malaysia, mahu mengambil langkah kehadapan dengan menubuhkan satu jawatankuasa dimana kedua-dua pihak boleh membincangkan isu seperti pemerdagangan manusia, dadah dan penangkapan ikan.
Mesyuarat itu juga bersetuju agar kedua-dua pihak bertemu lebih kerap dan membincangkan isu-isu semasa secara teratur, kata Pattanapon.
Walaupun pihak berkuasa Malaysia mendakwa berlaku rompakan, pihak Thai menafikannya dan mendakwa tujuh anggota polis bersama ketua kampung Tanjung Po dan timbalannya itu sedang meronda di perairan berhampiran Koh Sam (Pulau Tiga) bagi menghalang pencerobohan nelayan asing.
Pihak terbabit sedang dalam usaha untuk menahan nelayan asing yang menceroboh apabila pihak berkuasa Malaysia dikatakan tiba dan menahan ketiga-tiga anggota polis Satun dan timbalan ketua kampung tersebut atas dakwaan merompak.
Mereka kemudiannya dibawa ke Langkawi untuk disoal siasat dan tiga pistol mereka dirampas, manakala empat nelayan Malaysia yang ditahan pihak berkuasa Thailand telah dipindahkan ke Satun.
Sementara itu, ketujuh-tujuh anggota polis terbabit termasuk tiga yang kini ditahan di Langkawi telah digantung tugas sementara menunggu siasatan rasmi, kata Ketua Polis Satun, Mejar Jeneral Supphawat Tapkiew, kepada Bernama pada Isnin.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Aug 21 2018
Polis Wilayah Satun membebaskan empat nelayan warga Malaysia dan menghantar mereka pulang ke jeti Tammalang di wilayah itu pada 11 malam semalam (waktu tempatan) bagi membolehkan mereka pulang ke Pulau Langkawi. -Bernama
KPN ucap takziah kepada keluarga Tun Hanif Omar
Razarudin mewakili keluarga Sang Saka Biru mengucapkan takziah kepada keluarga bekas KPN Tun Mohammed Hanif Omar.
Sofia Jane raih anugerah Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Asia ke-21
Secara keseluruhan naskhah arahan Badrul Hisham Ismail itu juga berjaya merangkul Anugerah Most Original Film.
Mesir, rakan usaha dapatkan gencatan senjata di Gaza
Mesir sedang berusaha mendapatkan satu gencatan senjata di Semenanjung Gaza dengan sokongan Amerika Syarikat (AS) dan Qatar, kata Menteri Luar Mesir, Sameh Shoukry pada Jumaat.
MediaTek lancar cip Dimensity 6300 dengan teknologi 6nm
Ia dihasilkan dengan teknologi 6nm TSMC dengan konfigurasi dua teras Cortex-A76 sehingga 2.4GHz dan enam teras Cortex A55 sehingga 2.0GHz.
Filem Sheriff pamer sisi berbeza Kamal Affandi sebagai pegawai polis
Filem Sheriff menemui penonton di pawagam mulai 18 April.
Bursa Malaysia dijangka mengalami keadaan tidak banyak berubah minggu depan
FBM KLCI dijangka turun naik dalam julat 1,528 hingga 1,560 minggu depan, dengan sokongan serta-merta pada 1,520, diikuti oleh 1,508.
Noktah kemiskinan tegar, isu kewarganegaraan dibincang bersama MPN PKR Sabah
Anwar yang juga Presiden PKR berkata MPN PKR Sabah telah mengutarakan kepentingan memesatkan usaha menoktahkan kemiskinan tegar di Sabah.
Tun Hanif Omar lakar sejarah Ketua Polis Negara paling lama, termuda
Allahyarham dilantik memegang jawatan Ketua Polis Negara keempat pada usia 35 tahun bermula 8 Jun 1974.
AWANI Ringkas: PM di Sabah, lawatan kerja sehari
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Amelia Henderson jawab tuduhan pakai rantai dengan loket salib
Aktres i.D berikut menerima kecaman kerana memakai loket balerina yang disalah erti oleh warga maya dengan lambang salib.
'Simple macam ni lagi okey' - Netizen komen penampilan Aina Abdul sambut Aidiladha
Aina memilih penampilan biasa iaitu jubah dan tudung berwarna hitam.
Tindakan bakar al-Quran di Sweden singgung perasaan 2 bilion umat Islam - Liga Arab
Menteri-menteri luar Majlis Liga Arab mengutuk sekeras-kerasnya jenayah kejam pembakaran naskhah Al-Quran di Stockholm, Sweden.
'Mustahil kembali ke Syria, mahu bina kehidupan lebih baik' - Pelarian
"Saya fikir mustahil untuk pulang ke kampung saya di al-Qusayr, Syria. Saya berharap dapat ke negara lain untuk meneruskan kehidupan yang lebih baik terutama demi masa depan anak-anak."
Malaysia gesa kerajaan Sweden henti tindakan provokatif bakar al-Quran
Malaysia menyeru kerajaan Sweden untuk menghentikan memberi kelulusan kepada tindakan provokatif membakar al-Quran di Stockholm, Sweden, pada Rabu.
Cuaca panas teruk, Zul Ariffin tetap syukur dapat tunai haji
Pelakon, Zul Ariffin kini sedang menunaikan ibadah haji di Tanah Suci Mekah.
Tindakan tidak hormat, merosakkan al-Quran adalah jenayah di Rusia - Putin
Presiden Vladimir Putin menegaskan kitab itu adalah kitab suci buat umat Islam dan harus dianggap suci oleh semua.
Sultan Johor kurnia 100 lembu sempena Aidiladha
Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan mengurniakan 100 ekor lembu bagi ibadah korban sempena Aidiladha hari ini.
Kedutaan Malaysia agih daging korban di Jakarta sempena Aidiladha
Kedutaan Besar Malaysia hari ini menganjurkan majlis korban dengan tema, 'Berkongsi Keberkatan' dan mengagihkan daging sempena Hari Raya Aidiladha.
Malaysia kutuk sekeras-kerasnya pembakaran al-Quran di Stockholm - Zambry
Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya keputusan pihak berkuasa Sweden yang membenarkan tindakan provokatif membakar kitab suci al-Quran pada 28 Jun, 2023 di Stockholm.
Kris Dayanti korban tiga ekor lembu sempena Aidiladha, siap diberi nama
Kris Dayanti Korban Tiga Ekor Lembu Di Aidiladha, Siap Ada Yang Dinamakan Alexander