awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Rangka manusia di rumah terbiar bongkar misteri kehilangan lima beranak
Pameran 'Tunku Negarawan Ulung: Pengasas Negara Bangsa' kini dibuka di Muzium Negara
Gobind tersenarai dalam "2026 Tech Diplomacy Global 50"
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pertikaian MAHB-AirAsia: KWSP bertemu AirAsia dalam masa terdekat

Isabelle Leong
Isabelle Leong
18/02/2019
06:39 MYT
Pertikaian MAHB-AirAsia: KWSP bertemu AirAsia dalam masa terdekat
TUNKU ALIZAKRI: 'Kita gembira AirAsia telah memberi maklum balas dan bersetuju untuk bertemu dalam masa terdekat.' - fotoBERNAMA
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan mengadakan pertemuan dengan Kumpulan AirAsia Berhad (AirAsia) dalam masa terdekat berhubung pertikaian antara syarikat tersebut dengan Malaysia Airports Holding Berhad (MAHB).
Selaku pemegang saham terbesar dalam kedua-dua organisasi tersebut, Ketua Pegawai Eksekutif KWSP, Tunku Alizakri Alias berkata pertikaian tersebut bukan sahaja memberikan imej yang buruk bukan sahaja kepada kedua-dua syarikat itu malah kepada negara ini secara keseluruhan.
Menurutnya, KWSP menghantar surat kepada kedua-dua syarikat tersebut agar dapat merungkai masalah mereka melalui perbincangan damai.
“Seperti pelabur yang lain, kita berasa bimbang dengan pertelingkahan yang berlaku kerana perkara ini telah menjadi tumpuan orang ramai.
“Oleh itu, selaku pemegang saham utama, kita telah menyerahkan surat kepada kedua-dua syarikat yang terlibat.
“Kita gembira AirAsia telah memberi maklum balas dan bersetuju untuk bertemu dalam masa terdekat. Kita mesih menunggu maklum balas daripada pihak MAHB dan amat berharap dalam mengadakan perbincangan dengan mereka juga,” kata Tunku Alizakri dalam talimat media prestasi kewangan KWSP 2018 di ibu pejabat KWSP di Jalan Laut, di ibu negara pada Isnin.
Pada Disember lalu, anak syarikat MAHB, Malaysia Airports (Sepang) Sdn Bhd (MASSB) menuntut RM26.71 juta dan RM9.39 juta masing-masing daripada AirAsia X Bhd(AirAsia X) dan AirAsia Bhd bagi caj perkhidmatan pelanggan (PSC) yang tidak dikutip di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2).
BACA: AirAsia beri respon terhadap tuntutan MAHB
AirAsia pula memfailkan saman balas bernilai RM400 juta terhadap MAHB sebagai respon terhadap saman yang difailkan MAHB itu.
Menerusi satu kenyataan, syarikat penerbangan tambang murah itu berkata saman balas tersebut adalah bagi kerugian yang dialami AirAsia dan AirAsia X disebabkan gangguan operasi di klia2.
KWSP merupakan pemegang ekuiti kedua terbesar dalam MAHB iaitu sebanyak 10.56 peratus dan mempunyai kepentingan sebanyak 5.64 peratus dalam AirAsia, sekali gus menjadi pemegang saham ketiga terbesar dalam syarikat penerbangan tersebut.
Topic Berkaitan
#AirAsia
#EPF
#Ketua Pegawai Eksekutif
#KLIA2
#KWSP
#MAHB
#Malaysia Airports Holding Berhad
#pemeganga saham utama
#pertikaian
#Tunku Alizakri Alias
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan