awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Alhamdulillah, Allahuakbar – Ucap Jojo selepas raih kemenangan kelapan
JKDM Pulau Pinang serbu stor ladang sawit proses minuman keras
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pertimbang keluar KWSP bersasar - Wan Saiful

Sinar Harian
Sinar Harian
04/03/2024
04:51 MYT
Pertimbang keluar KWSP bersasar - Wan Saiful
Wan Saiful berkata, desakan tersebut dibuat kerana beliau menerima memorandum daripada wakil pencarum yang sedang terdesak kerana kesempitan hidup. - Gambar fail/Bernama
SHAH ALAM: Kerajaan digesa untuk mempertimbangkan permohonan pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk mengeluarkan simpanan secara bersasar.
Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Wan Saiful Wan Jan berkata, desakan tersebut dibuat kerana beliau menerima memorandum daripada wakil pencarum yang sedang terdesak kerana kesempitan hidup.
“Secara prinsipnya, wang simpanan KWSP adalah wang pencarum, bukan wang kerajaan. Oleh itu, kerajaan sepatutnya mengambil serius tuntutan dan rayuan mereka untuk menggunakan wang sendiri.
“Kenaikan kos sara hidup mendadak akibat kegagalan kerajaan yang tidak kompeten ini menambah kesusahan mereka,” katanya menerusi satu hantaran di laman sosial, Facebook pada Isnin.
Menurutnya, kriteria sasaran boleh ditentukan oleh kerajaan, termasuklah menyeimbangkan antara keperluan mendesak dengan simpanan hari tua.
“Jangan pukul rata semua pencarum. Seharusnya perkara ini diperhalusi secara ‘case-by-case’,” ujarnya.
*Artikel asal yang disiarkan di Sinar Harian
Topic Berkaitan
#KWSP
#Wan Saiful Wan Jan
#pengeluaran simpanan
#bersasar
#pencarum
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan