KOTA BHARU: Bagi menyemarakkan semangat sambutan Hari Kebangsaan 2021 yang bakal disambut hujung bulan ini, Pertubuhan Kebajikan Mukim Parit Pasir Tumboh, di sini mengambil inisiatif memasang 100 Jalur Gemilang di lima lokaliti sekitar mukim tersebut.
Pengerusi pertubuhan itu Wan Azizi Wan Ab Ghani berkata mereka memasang Jalur Gemilang pada tiang elektrik sepanjang 50 meter di lorong-lorong terpilih.
"Antara lima kawasan laluan utama taman melibatkan lorong-lorong iaitu Taman Paduka, Desa Wangi, Kubang Siput, Taman Putera dan Kampung Likong.
"Ini merupakan usaha kali pertama pertubuhan memasang Jalur Gemilang di lima lokaliti sekitar Mukim Parit bagi menaikkan semangat patriotik dalam kalangan lebih 350 ahli," katanya kepada pemberita ketika ditemui di lorong Taman Paduka, Pasir Tumboh, di sini hari ini.
Menurutnya sebanyak RM700 dana pertubuhan diperuntukkan untuk membeli Jalur Gemilang dan kain rentang serta upah pasang di setiap lorong berkenaan.
Wan Azizi berkata pertubuhan yang diwujudkan sejak 2016 itu juga mengagihkan bantuan kepada ahli dan keluarga ahli yang terjejas akibat COVID-19 serta menghantar bekalan makanan kepada pesakit yang dikuarantin di rumah di kawasan Pasir Tumboh.
Sementara itu penduduk, Tuan Mohd Nor Tuan Yahya, 56, berkata Jalur Gemilang yang dipasang di setiap lorong taman kawasan perumahan, menjadikan orang ramai teruja untuk meraikan sambutan Hari Kebangsaan pada 31 Ogos dan Hari Malaysia pada 16 September ini dengan tema 'Malaysia Prihatin'.
"Sebanyak 20 Jalur Gemilang dipasang di lorong tempat saya tinggal iaitu Taman Paduka yang menaikkan semangat kami untuk menyambut Hari Kebangsaan.
"Secara individu, saya sudah memasang Jalur Gemilang di dua kereta dan selepas ini akan memacak Jalur Gemilang di luar rumah dengan kuantiti yang banyak bagi menyemarakkan semangat cintakan negara," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Aug 23 2021
Wan Azizi Wan Ab Ghani (kanan) bersama salah seorang penduduk memasang Jalur Gemilang pada tiang elektrik di Lorong Taman Paduka. - fotoBERNAMA
Malaysia alu-alukan dua resolusi PBB tegakkan hak asasi mutlak rakyat Palestin
Malaysia teguh dengan pendirian berprinsip mendukung hak rakyat Palestin untuk membentuk sebuah negara merdeka dan berdaulat.
Victor mohon maaf isu Jalur Gemilang terbalik
Penaja kepada pemain perseorangan profesional negara Lee Zii Jia, Victor, membuat permohonan maaf berhubung kesilapan melibatkan logo Jalur Gemilang yang terbalik di jersi pemain itu pada perlawanan pertamanya di Jelajah Dunia Akhir Persekutuan Badminton Dunia (BWF) pada Rabu.
Perubahan iklim: Kerjasama, komitmen antarabangsa perlu jayakan aspirasi
Nik Nazmi berkata, komitmen antarabangsa amat signifikan dan boleh dipuji, biarpun belum mencapai tahap yang dikehendaki.
Import kenderaan China ke AS catat rekod tertinggi Januari-Oktober
Pada Januari-Oktober, AS membeli kenderaan dari China bernilai US$2.89 bilion - peningkatan tahunan sebanyak 1.5 kali ganda.
RUU Majlis Media Malaysia dibentangkan kali pertama hari ini
RUU Majlis Media Malaysia 2024 dibentang hari ini, bertujuan memperkasa etika kewartawanan, menggalakkan pelaporan bertanggungjawab, dan menyokong pembangunan media negara.
Isu STEM dan kebajikan nelayan tumpuan hari ini
Sidang terakhir Parlimen hari ini membincangkan isu pendidikan STEM, kebajikan nelayan, semakan Akta Taska 1984, serta pembentangan Rang Undang-Undang Majlis Media Malaysia 2024.
Kelantan pulih sepenuhnya, jumlah mangsa di Terengganu terus menurun
Situasi banjir di Kelantan pulih sepenuhnya malam tadi manakala jumlah mangsa di Terengganu terus menurun.
UK sumbang 13 juta pound kepada UNRWA
Perdana Menteri United Kingdom (UK) Keir Starmer mengumumkan sumbangan sebanyak £13 juta pound kepada Agensi Bantuan Dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Untuk Pelarian Palestin (UNRWA).
Menurut kenyataan Downing Street pada Rabu, pengumuman itu dibuat dalam pertemuan Starmer dengan Pesuruhjaya Agung UNRWA, Philippe Lazzarini di London.
Menurut kenyataan Downing Street pada Rabu, pengumuman itu dibuat dalam pertemuan Starmer dengan Pesuruhjaya Agung UNRWA, Philippe Lazzarini di London.
Trump rancang 25 perintah eksekutif pada hari pertama
Presiden Amerika Syarikat yang bakal dilantik, Donald Trump, merancang menandatangani lebih daripada 25 perintah eksekutif dan arahan pada hari pertamanya menjawat jawatan pada 20 Januari.
Langkah ini bertujuan merombak dasar kerajaan AS secara menyeluruh dalam isu imigresen, tenaga, dan bidang utama lain.
Langkah ini bertujuan merombak dasar kerajaan AS secara menyeluruh dalam isu imigresen, tenaga, dan bidang utama lain.
Qatar akan buka semula kedutaan di Damsyik selepas 13 tahun
Qatar pada Rabu mengumumkan akan membuka semula kedutaannya di Syria selepas lebih 13 tahun ditutup.
Menurut jurucakap Kementerian Luar Majed al-Ansari, tindakan itu akan dilakukan selepas memuktamadkan pengaturan yang diperlukan.
Menurut jurucakap Kementerian Luar Majed al-Ansari, tindakan itu akan dilakukan selepas memuktamadkan pengaturan yang diperlukan.
Polis siasat himpunan kibar Jalur Gemilang di Menara Condong
Polis akan menyiasat penganjuran himpunan kibarkan Jalur Gemilang di Dataran Menara Condong, Teluk Intan pada Sabtu.
Insiden kibar bendera China, Persatuan Guan Gong mohon maaf
Soon Boon Hua berkata tindakan mengibarkan bendera negara lain tidak dirancang dalam tentatif sedia ada oleh pihak pengelola.
Perhimpunan di Sri Aman acara kemuncak sambutan Hari Malaysia Sarawak
Pertunjukan kebudayaan masyarakat tempatan, deklamasi puisi dan persembahan hiburan menjadi antara pengisian aktiviti pada majlis perhimpunan yang dihadiri kira-kira 3,000 hadirin.
Rakyat Malaysia di luar negara sambut Hari Kebangsaan ke-67 dengan upacara patriotik
Perhimpunan itu memberikan ruang untuk komuniti Malaysia menjalin hubungan, meraikan warisan bersama, dan memperkukuh identiti kebangsaan mereka.
Dua hari siapkan baju bertema Jalur Gemilang
Program Sambutan Anak Merdeka bersempena Hari Kebangsaan ke- 67 tahun di Dewan Utama Memorial Tun Hussein Onn Kuala Lumpur dihadiri Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang pada Sabtu.
Lebih 200 rakyat Malaysia sambut Hari Kebangsaan di China
Penuntut Malaysia yang tinggal di Beijing, China teruja dengan sambutan Hari Kebangsaan anjuran Kedutaan Besar Malaysia itu.
Sultan Pahang, Tengku Ampuan Pahang meriahkan Sambutan Hari Kebangsaan Ke-67
Seramai 4,145 peserta dan 563 kenderaan daripada 111 kontinjen memeriahkan acara perbarisan dan perarakan Sambutan Hari Kebangsaan Ke-67 Peringkat Negeri Pahang itu.
Lebih 50,000 meriahkan sambutan Hari Kebangsaan di Perak
Sambutan bermula dengan perarakan masuk kawalan kehormatan utama dari Rejimen Askar Jurutera Diraja 2 Division dengan iringan pasukan pancaragam KD Pelanduk Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).
Google guna rekaan Doodle Merdeka lebih kurang sama sejak 2021
Pada tahun ini, apabila anda klik pada logo Google Malaysia, ia akan turut membawa kepada halaman carian yang dilengkapi dengan animasi letusan mercun.
47 pelatih OKU bina replika Jalur Gemilang daripada botol air mineral terpakai
Sebanyak 47 pelatih Kompleks Latihan dan Pemulihan Orang Kurang Upaya (OKU) Kimanis Papar di sini membina replika Jalur Gemilang daripada botol air mineral terpakai sempena meraikan Hari Kebangsaan.