PUTRAJAYA: Polis Diraja Malaysia (PDRM) belum memutuskan sebarang bentuk pertuduhan ke atas bekas pegawai bank Goldman Sachs, Roger Ng Chong Hwa.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, perkara itu bergantung kepada hasil siasatan yang dijalankan.
"Terlalu awal untuk saya meramalkan," katanya menerusi sidang akhbar selepas sesi libat urus Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersama Badan Pengurusan Keharmonian Agama di sini pada Isnin.
Beliau berkata, kementerian menyerahkan sepenuhnya kepada PDRM sama ada untuk meneruskan siasatan sedia ada ataupun membuka siasatan baharu.
"Sebelum ini siasatan terhadap Roger terhenti sementara kerana beliau diserahkan kepada AS (Amerika Syarikat), jadi sama ada hendak meneruskan siasatan lama ataupun ada bentuk siasatan baru itu kuasa polis," katanya.
Terdahulu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain memaklumkan pihaknya akan memulakan siasatan ke atas Roger bagi membantu siasatan berkaitan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Roger dijatuhi penjara 10 tahun pada Mac lalu kerana membantu menggelapkan berbilion dolar dana 1MDB.
Mengulas sama ada Roger akan dihantar semula ke AS untuk menjalani perintah pemenjaraan, Saifuddin berkata, ia belum sampai ke proses berkenaan.
"Kita belum sampai situ lagi. Sekarang baru bawa balik, tengok kepada hasil siasatan dan sebagainya.
"Apa pun kita terikat kepada terma yang telah dipersetujui dengan AS sama ada di peringkat triti atau pun koresponden antara kedua- dua negara melalui Pejabat Peguam Negara dan Jabatan Keadilan Amerika Syarikat (DoJ)," katanya.
Dalam pada itu, Saifuddin berkata, hasil libat urus berhubung isu penggunaan kalimah Allah akan dipersembahkan kepada Majlis Raja-Raja pada hujung bulan ini.
"Apa-apa input di sana sama ada pandangan dan sebagainya akan dibawa semula ke KDN untuk diteliti sebagai panduan untuk merangka suatu arahan pentadbiran yang baharu," katanya sambil menambah lima sesi libat urus telah diselesaikan.
Pada 10 Mac 2021 Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan bahawa arahan Kementerian Dalam Negeri (KDN) pada 1986 yang melarang orang bukan Islam menggunakan kalimah ALLAH, Baitullah, Kaabah dan solat sebagai menyalahi undang-undang dan bertentangan dengan Perlembagaan.
Ia sekali gus membenarkan semakan kehakiman seorang wanita, Jill Ireland yang mahu mendapatkan pengisytiharan bahawa dia mempunyai hak menggunakan kalimah ALLAH untuk tujuan agama dan pendidikan. - Sinar Harian
Sinar Harian
Mon Oct 09 2023
Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, perkara itu bergantung kepada hasil siasatan yang dijalankan. - Gambar fail
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
Kes 1MDB: Siasatan terhadap Roger Ng masih berjalan - KPN
Polis masih menjalankan siasatan terhadap bekas Ketua Perbankan Pelaburan Goldman Sachs di Malaysia, Roger Ng, berhubung skandal 1MDB.
Siasatan 1MDB: Roger Ng beri kerjasama, PDRM kesan aset luar negara - Ayob Khan
Bekas pegawai bank Goldman Sachs, Roger Ng Chong Hwa yang ditahan berhubung skandal 1 Malaysia Development Berhad (1MDB) memberi kerjasama baik terhadap siasatan polis.
PDRM kenal pasti individu lain ada kaitan pemulangan aset 1MDB
Polis mengenal pasti seorang lagi individu di luar negara yang mempunyai kaitan dengan usaha pemulangan aset 1Malaysia Development Berhad (1MDB) bernilai jutaan ringgit.
1MDB: SPRM serah siasatan Roger Ng kepada PDRM - Azam Baki
Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki berkata SPRM buat masa ini tiada keperluan untuk memanggil Roger Ng untuk siasatan.
PDRM tahan Roger Ng bantu siasatan skandal 1MDB - Ketua Polis Negara
Bekas pegawai bank Goldman Sachs, Roger Ng Chong Hwa ditahan semalam berkait dengan siasatan skandal 1MDB.
Pertuduhan ke atas Roger belum diputuskan
PDRM belum memutuskan sebarang bentuk pertuduhan ke atas bekas pegawai bank Goldman Sachs, Roger Ng Chong Hwa.
1MDB: PDRM mula siasat Roger Ng - KPN
Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain mengesahkan perkara berkenaan.
Siasatan 1MDB: Roger Ng sudah tiba di Malaysia - KPN
Bekas pegawai bank Goldman Sachs, Roger Ng Chong Hwa sudah tiba di Malaysia, bagi membantu siasatan pihak berkuasa berkaitan skandal 1MDB.
Kes 1MDB: Malaysia tuntut Roger Ng kembali
Hakim AS menangguhkan tarikh penyerahan Roger Ng, yang dijadualkan pada 6 September, selama sebulan kepada 6 Oktober.
1MDB: Singapura kenakan sekatan seumur hidup terhadap Roger Ng
Penguasa Kewangan Singapura (MAS) telah mengeluarkan perintah larangan seumur hidup (PO) terhadap Ng Chong Hwa, juga dikenali sebagai Roger Ng, bekas Pengarah Urusan Goldman Sachs (Singapura) Pte.