Beberapa peruntukan dalam Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 akan dipinda bagi menambah baik agensi berkenaan, selain memberikannya lebih kuasa untuk memerangi gejala rasuah dengan lebih berkesan.
Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM, Datuk Shamsun Baharin Mohd Jamil berkata antara pindaan yang akan dibentangkan kepada Parlimen selewat-lewatnya hujung tahun ini adalah berkaitan Seksyen 36 Akta SPRM 2009.
“Pindaan Seksyen 36 Akta SPRM itu bagi membolehkan siasatan dilakukan secara langsung terhadap individu yang dilihat hidup mewah melebihi pendapatannya. Ini kerana peruntukan akta sedia ada memerlukan kita siasat terlebih dulu individu itu berkaitan rasuah, baru kita boleh minta dia isytihar harta.
“Jika kita lihat ada individu hidup mewah melebihi pendapatannya tapi tiada siasatan (berkaitan rasuah), kami tidak boleh berbuat apa-apa.
“Kita mahu buat seperti di Hong Kong yang mana jika ada individu perbelanjaan hidupnya lebih daripada emolumen, ia sudah menjadi satu kesalahan dan dia perlu memberi penjelasan (mengenai sumber pendapatan lain),” katanya kepada pemberita selepas program Bicara Minda anjuran Sinar Harian pada Jumaat.
Shamsun Baharin berkata SPRM juga akan mengemukakan beberapa lagi pindaan peruntukan aktanya iaitu berkaitan pelantikan ketua pesuruhjaya dan juga panel-panel pemantau suruhanjaya berkenaan.
Katanya, SPRM kini mempunyai lima panel atau badan bebas untuk memantau suruhanjaya itu yang mana tiga daripadanya dilantik berdasarkan Akta SPRM manakala dua lagi diputuskan oleh kerajaan.
“Ini yang kita mahu cuba sesuaikan supaya semua pelantikan (panel-panel dalam badan pemantau bebas SPRM) dimasukkan di bawah Akta SPRM. Pemantau ini penting bagi memberikan semak dan imbang terhadap suruhanjaya,” katanya.
Dalam pada itu, beliau berkata hanya 303 penjawat awam yang ditawarkan rasuah tampil menyalurkan maklumat dengan ganjaran berjumlah RM560,000 diberikan sejak kempen gempur gejala tersebut dalam kalangan golongan terbabit digerakkan pada tahun 2011.
Disebabkan itu katanya, semua penjawat awam yang mengesyaki berlakunya aktiviti pemberian dan penerimaan rasuah harus berani melaporkan kegiatan itu bagi mengelakkan persepsi negatif masyarakat terhadap sektor terbabit.
“Negara ada 1.6 juta penjawat awam tapi yang buat aduan terlalu kecil. Kita bukan mahu semata-mata fokus (tangkap) penerima rasuah tapi pemberi rasuah yang sering membuat laporan kepada SPRM. Jadi, yang kena tahan pastilah penerima dan kebanyakannya melibatkan penjawat awam.
“Kita bukan mahu fokus kepada penjawat awam saja kerana SPRM ambil tindakan terhadap sesiapa saja yang buat laporan sama ada pemberi atau penerima. Disebabkan itu kita minta sesiapa yang ada ditawarkan rasuah, segera salurkan maklumat kepada kita,” katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Sep 20 2019
SHAMSUN BAHRIN: Jika kita lihat ada individu hidup mewah melebihi pendapatannya tapi tiada siasatan (berkaitan rasuah), kami tidak boleh berbuat apa-apa. - Astro AWANI
Pindaan Perlembagaan PKR bakal libatkan jumlah perwakilan, kuota gender dan etnik - Fuziah
Kongres Khas PKR pada Ahad (15 Dis) antara lain akan meminda Perlembagaan parti yang menyentuh jumlah perwakilan, kuota gender dan etnik.
AWANI Pagi: PULIH | Inovasi Tempatan Mengesan Sakit Belakang
Ikuti diskusi Awani Pagi 8.30 Sabtu, bersama dua tetamu dari Universiti Malaya, berhubung inovasi mengesan sakit belakang dengan lebih objektif berbanding kaedah tradisional hingga mendapat pengiktirafan daripada Medical Device Authority Malaysia.
#AWANInews #AWANIPagi
#AWANInews #AWANIPagi
Persatuan Bola Sepak Indonesia terima dana RM77 juta dari Presiden Prabowo
Komitmen Presiden Prabowo terhadap kemajuan sepak bola Indonesia benar-benar luar biasa, kata Ketua Umum PSSI.
AWANI Pagi: Pembekuan jasad bayi - Hukum dan hak jenazah
Ikuti perbincangan eksklusif #AWANIpagi bersama Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd Asri Zainul Abidin, yang akan mengupas secara mendalam isu pembekuan jasad bayi dari perspektif hukum Islam, kehormatan jenazah, dan hak si mati.
#AWANIpagi #AWANInews
#AWANIpagi #AWANInews
Cenderahati produk Tenun Pahang Diraja tersedia di Kuantan 188
Di Kuantan 188 juga, para pelancong boleh menikmati pemandangan panorama bandar dan Sungai Kuantan.
[INFOGRAFIK] Kerugian Banjir 2024
Berikut adalah info berkenaan dengan kerugian banjir 2024.
Hubungan erat Malaysia-Denmark tawar manfaat kepada tenaga kerja
Pembukaan semula Kedutaan Denmark bantu tingkat kerjasama dalam bidang keselamatan dan kesihatan pekerjaan.
[INFOGRAFIK] Buat Pilihan Lebih Baik Demi Malaysia Yang Lebih Hijau Dan Lestari
Berikut adalah info berkenaan dengan membuat pilihan lebih baik demi Malaysia yang lebih hijau dan lestari.
Siang "concierge", malam "Doktor Mayat" - Kisah Muslimah pertama pengawet jenazah di Singapura
Kisah Zainab Ash Shughra Amer, Muslimah pertama yang menjadi pengawet jenazah - juga satu-satunya buat masa ini - di Singapura.
Sistem politik penuhi aspirasi rakyat penting bagi Syria
Penentuan masa depan Syria masa depan melalui sistem politik yang memenuhi aspirasi rakyat negara itu adalah penting bagi mengekalkan kestabilan politik.
Menerusi hantaran Perdana Menteri Sementara Lubnan Najib Mikati di X, perkara itu disampaikan beliau dalam pertemuannya dengan Paus Francis di Vatican City pada Jumaat.
Menerusi hantaran Perdana Menteri Sementara Lubnan Najib Mikati di X, perkara itu disampaikan beliau dalam pertemuannya dengan Paus Francis di Vatican City pada Jumaat.
Tidak akan ada pendakwaan terpilih jika ahli politik benar-benar bersih - MCW
Badan itu juga menegaskan, perbuatan rasuah tetap salah dan semua pihak harus menghormati keputusan mahkamah jika seseorang itu terbukti bersalah dan harus dijatuhkan hukuman.
Rasuah antara punca rakyat tidak dapat perkhidmatan sepatutnya - Sultan Nazrin
Gejala rasuah menjadi antara punca rakyat tidak mendapat perkhidmatan, pengagihan kekayaan tidak seimbang dan ketirisan khazanah negara, titah Sultan Perak Sultan Nazrin Shah.
Rasuah Busters: Biarpun akta belum dibentangkan, rakyat perlu terus dididik benci rasuah
Gejala rasuah mempunyai hubungkait dengan tindakan ahli politik yang melompat parti, sehingga menyebabkan ketidakstabilan politik.
Gejala rasuah wajar dibanteras di semua peringkat secara menyeluruh di Selangor - Mohd Najwan
Mohd Najwan berharap, berharap pihak berkuasa turut memantau serta bertindak secara menyeluruh termasuk di sektor membabitkan syarikat-syarikat berkaitan kerajaan negeri
Peruntukan Akta SPRM akan dipinda untuk beri lebih kuasa perangi rasuah
Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM, berkata antara pindaan yang akan dibentangkan kepada Parlimen selewat-lewatnya hujung tahun ini adalah berkaitan Seksyen 36 Akta SPRM 2009.
SPRM Sarawak diminta ambil serius semua laporan
Pengerusi PKR Sarawak Baru Bian mahu supaya SPRM Sarawak bertindak dengan amanah dan telus dan tidak mengambil mudah terhadap semua lap
'Berdosa tapi buat juga' - Tun M kesal umat Islam terlibat rasuah
Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menyatakan rasa kesal khususnya terhadap individu beragama Islam yang terlibat dalam gejala rasuah walaupun amalan itu secara jelas ditegah oleh agama.
KBS garis tiga cadangan banteras rasuah di kalangan belia
Kementerian Belia dan Sukan menggariskan tiga cadangan untuk membanteras gejala rasuah, khususnya dalam kalangan orang muda.
Gejala rasuah dalam kalangan mahasiswa membimbangkan - KP SPRM
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyifatkan gejala rasuah dalam kalangan mahasiswa di negara ini di tahap membimbangkan susulan kajian yang dilakukan entiti itu pada tahun lalu.