awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
AirAsia perkenal laluan Kaohsiung-Osaka
Lelaki didakwa cuba sebabkan kematian, simbah petrol terhadap bekas teman wanita
FEM 2026 jadi 'tahun pelaksanaan', fokus hasil nyata untuk rakyat - Akmal Nasrullah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Peruntukan awal RM30 juta naik taraf jalan Gerik-Jeli

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
18/05/2023
06:33 MYT
Peruntukan awal RM30 juta naik taraf jalan Gerik-Jeli
Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi ketika ditemui pemberita selepas melakukan lawatan ke Jalan Persekutuan Daerah Hilir Perak di FT058 Jalan Tg. Medan Teluk Intan Ayer Hitam hari ini. - Foto Bernama
TELUK INTAN: Kementerian Kerja Raya (KKR) telah meluluskan peruntukan awal sebanyak RM30 juta untuk kerja-kerja naik taraf Jalan Raya Timur Barat yang menghubungkan Gerik-Jeli.
Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, setakat ini sebanyak RM7.4 juta telah diperuntukkan untuk kerja-kerja penyelenggaraan laluan tersebut.
"Kami merancang juga akan pergi melawat di sebelah sana tapi semua itu telah dibincangkan, di peringkat Kementerian kita akan bagi peruntukan khas mungkin RM30 juta untuk peringkat awal untuk belanja di sana, untuk naik taraf atau buat kerja-kerja sepatutnya di jalan Gerik. Sebab kita ada peruntukan tambahan sikit tahun ini, jadi kita boleh gunakan," katanya.
Beliau ditemui selepas meninjau kawasan selekoh berbahaya di Jalan Bidor- Teluk Intan, di sini, pada Khamis.
Menurutnya lagi, KKR sentiasa peka dengan isu yang sering dibangkitkan pengguna dan kerajaan negeri berkenaan laluan tersebut yang telah uzur kerana telah berusia lebih 40 tahun.
Katanya, KKR akan berusaha memberikan kerjasama dan perkhidmatan yang terbaik dalam menyediakan kemudahan infrastruktur yang selamat dan selesa.
Topic Berkaitan
#Alexander Nanta Linggi
#Kementerian Kerja Raya
#naik taraf jalan
#Gerik Jeli
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan