SEPANG: Peruntukan keseluruhan bagi menampung perbelanjaan skuad Harimau Malaya menghadapi kempen Piala Asia 2023 di Qatar hanya RM7 juta, kata Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh.
Beliau berkata jumlah itu sememangnya kecil berbanding perbelanjaan negara lain dalam Kumpulan E seperti Bahrain, Korea Selatan dan Jordan untuk bersaing di pentas bola sepak tertinggi Asia itu.
Hannah berkata berbanding Malaysia, Korea Selatan membelanjakan sebanyak RM94 juta, Jordan (RM23.5 juta) dan Bahrain (RM28.2 juta) bagi menghadapi kejohanan itu.
Justeru, katanya peruntukan RM5 juta yang bakal disalurkan kepada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) seperti diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini, diperlukan badan induk itu demi pembangunan skuad bola sepak negara terutamanya Harimau Malaya.
"Jumlah RM5 juta ini hanya sebahagian sahaja daripada dana yang diperlukan FAM, ramai yang berpendapat durian runtuh untuk FAM, sebenarnya FAM perlukan lagi banyak dana. Kalau kita mahu Harimau Malaya berpeluang menang pada Piala Asia, kita perlu pastikan mereka mempunyai sumber untuk berlatih dan mempunyai pendedahan seperti pasukan lain.
"Saya harap semua faham, walaupun dana ini tidak begitu banyak tetapi ia sangat penting buat Harimau Malaya," katanya ketika hadir di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) malam ini bagi menyambut ketibaan pasukan Harimau Malaya dari Qatar.
Harimau Malaya menamatkan kempen Piala Asia 2023 dengan mencipta sensasi mengikat gergasi bola sepak Asia Korea Selatan, 3-3, pada perlawanan terakhir Kumpulan E di Stadium Al Janoub, Doha, pada Khamis.
Bagaimanapun, hasrat Malaysia untuk mencipta sejarah layak ke pusingan 16 terbaik tidak kesampaian selepas tewas dalam dua aksi pertama Kumpulan E iaitu 0-4 di tangan Jordan dan 0-1 kepada Bahrain, sekali gus menduduki tempat terakhir dengan mengumpul satu mata.
Terdahulu, Perdana Menteri mengumumkan bahawa kerajaan bersetuju untuk menyalurkan peruntukan RM5 juta kepada FAM bagi mengurus serta meningkatkan keupayaan skuad bola sepak kebangsaan.
Menurut Anwar, peruntukan berkenaan disalurkan dengan mengambil kira semangat juang tinggi pasukan Harimau Malaya pada saingan Piala Asia tersebut.
Sementara itu, Hannah mengingatkan orang ramai agar menjadikan pencapaian Harimau Malaya yang mampu bersaing dengan pasukan gergasi Asia seperti Korea Selatan sebagai penanda aras dan mencetus kegemilangan buat generasi baharu sukan negara.
Sementara itu, Setiausaha Agung FAM Datuk Noor Azman Rahman mengucapkan terima kasih kepada kerajaan khususnya kepada KBS atas peruntukan berkenaan.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jan 26 2024
Hannah berkata jumlah itu sememangnya kecil berbanding perbelanjaan negara lain dalam Kumpulan E untuk bersaing di pentas bola sepak tertinggi Asia itu. - Gambar Bernama
Mesyuarat Khas WEF: Seruan adaptasi teknologi untuk PKS harus guna bahasa mudah
Syarikat besar mempunyai kelebihan kepakaran dan sumber yang boleh digunakan untuk membantu PKS turut sama menyertai adaptasi teknologi.
Anwar bertemu PM Pakistan dan Menteri Luar Turkiye
Kedua-dua pemimpin menyatakan komitmen untuk terus memperkukuh hubungan Putrajaya-Islamabad dan melonjakkan lagi perdagangan dua hala.
Patuhi standard pelancongan ASEAN, tarik lebih ramai pelancong - Tiong
Penggiat industri pelancongan digesa supaya sentiasa mematuhi Standard Pelancongan ASEAN bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan sektor itu.
Nur Shazrin mungkin 'lupakan' Paris 2024
Nur Shazrin kemungkinan 'terpaksa' melupakan penampilan kali ketiganya di Sukan Olimpik Paris 2024 berikutan kecederaan pada tangan kanannya ketika menyertai kejohanan Last Chance Regatta di Hyeres.
Asia Pasifik kini dalam era 'gemilang' transformasi digital - Huawei
Rantau Asia Pasifik turut menjadi ikutan pihak lain yang giat berusaha meningkatkan ekonomi digital mereka.
KPWKM ambil tindakan kepada lebih 500 taska tidak berdaftar
Sebanyak 49.8 peratus atau 538 daripada 1,080 taska yang tidak berdaftar dengan JKM di negara ini telah diambil tindakan penguatkuasaan dan pentadbiran.
Segmen penerbangan Capital A catat 90 peratus faktor muatan, 15.4 juta penumpang pada suku pertama 2024
Prestasi kukuh itu adalah selari dengan fokus strategik AirAsia untuk mengembangkan kapasiti dan membina semula rangkaiannya.
Pegawai, anggota bomba di lima negeri ada masalah kesihatan
Ujian Kemahiran Taktikal Kebombaan diduduki seramai 12,608 anggota dan pegawai dan hanya 9,313 sahaja yang lulus.
Kerajaan komited lahirkan lebih ramai teknousahawan
Anugerah Teknousahawan TVET@KKDW diperkenalkan bagi memberi pengiktirafan serta penghargaan kepada institusi, pengajar, pelajar, graduan dan alumni yang telah menunjukkan kecemerlangan dalam bidang keusahawanan TVET.
Kedah bakal bangunkan LRT di Langkawi
Kedah merancang membina sistem tren Transit Aliran Ringan (LRT) menggunakan teknologi levitasi magnet di Langkawi
Hamidin sedia terima kritikan, terbuka dicabar
Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Hamidin Mohd Amin tidak terkecil hati dan sedia menerima kritikan mana-mana pihak termasuk bekas Timbalan Presiden FAM Khairy Jamaluddin.
SPRM sahkan tiada penyelewengan, rasuah dikesan dalam projek NTC setakat ini
SPRM mengesahkan tidak menemui sebarang penyelewengan serta rasuah setakat ini berhubung cadangan projek pembinaan National Training Center (NTC) di Putrajaya yang dianggar bernilai RM25 juta.
KJ tak terfikir untuk kembali ke FAM
Khairy berkata terdapat calon-calon lain yang lebih layak untuk menerajui badan induk itu berbanding beliau.
FAM lancar Akademi Pengadil Profesional
Seramai 30 pengadil termasuk tiga pengadil wanita dipanggil untuk menyertai akademi berkenaan bagi fasa pertama bermula tahun 2023-2025.
Satu lagi konsert, Harimau Malaya pertimbang tukar venue
FAM tidak menolak akan mengetepikan Rumah Harimau Malaya, Stadium Nasional Bukit Jalil, jika gelanggang itu masih lagi terjejas untuk baki kempen kelayakan Piala Dunia 2026.
FAM mahu persatuan, kelab belia kreatif lahirkan pemain berkualiti
Negara tidak seharusnya terlalu bergantung kepada bakat di sekolah sukan atau Akademi Mokhtar Dahari dalam melahirkan bintang bola sepak.
Mampukah Hamidin terus pacu kemajuan FAM?
Isu penyebaran 'surat layang' baru-baru ini ternyata memberi tamparan buat Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).
Usah buat Pan-gon kecewa lagi
Datuk Pekan Ramli berkata, pengendali Harimau Malaya, Kim Pan-gon dikritik teruk atas dua kekalahan tersebut dan kecaman itu disifatkan sebagai sesuatu yang tidak adil.
Pengalaman luas Hamidin masih diperlukan pacu FAM
Dakwaan Hamidin gagal menambah baik landskap bola sepak Malaysia adalah tidak berasas dan tidak berdasarkan fakta, kata Ong Kim Swee.
KBS yakin isu surat layang berkaitan FAM dapat ditangani
KBS yakin SPRM akan dapat menangani isu surat layang membabitkan FAM sekiranya terdapat bukti kukuh.