awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Johor import tambahan 1,000 ekor lembu tenusu, tingkat kapasiti penghasilan susu di JDV
Dana latihan RM10,000 pacu bakat tempatan sektor semikonduktor Selangor
Flotila bantuan Global Sumud akan berlepas semula ke Gaza dari Barcelona pada 29 Mac
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Peruntukan RM13 juta LADA untuk prasarana Pulau Payar

Bernama
Bernama
14/05/2016
23:52 MYT
Peruntukan RM13 juta LADA untuk prasarana Pulau Payar
Peruntukan yang akan dibuat menerusi Blueprint Langkawi 2.0 akan melibatkan pelaksanaan projek-projek pembaikan jeti dan kemudahan asas lain di pulau itu. -Foto nre.gov.my
Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) akan memperuntukkan RM13 juta dalam tempoh lima tahun ini untuk membaiki prasarana di Taman Laut Pulau Payar, kira-kira 35km, dari sini.
Ketua Pegawai Eksekutif LADA, Tan Sri Khalid Ramli pada Sabtu berkata peruntukan yang akan dibuat menerusi Blueprint Langkawi 2.0 akan melibatkan pelaksanaan projek-projek pembaikan jeti dan kemudahan asas lain di pulau itu.
"Taman Laut Pulau Payar adalah antara taman yang sering dilawati oleh pelancong untuk melihat keindahannya dan kita berharap penambahbaikan kemudahan ini akan dapat meningkatkan lagi jumlah pelancong ke pulau ini," katanya.
Beliau berkata demikian dalam satu sidang media selepas merasmikan Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) Propagasi Terumbu Karang LADA di Pulau Payar yang dihadiri lebih 80 orang kakitangan lembaga itu.
Menurutnya LADA akan mengadakan program seumpama itu lebih kerap bagi memulihara keindahan semula jadi di taman laut itu.
Topic Berkaitan
#Khalid Ramli
#LADA
#Propagasi Terumbu Karang LADA
#pulau payar
#Taman Laut Pulau Payar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan