awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemalsuan dokumen: FAM buat laporan polis
Snapchat perkenal lensa AI 'Animate It' untuk cipta video janaan automatik
Luruan monsun: Tiada indikator risiko banjir besar awal 2026 - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perusahaan belacan tarikan istimewa Kuala Perlis

Raja Hisyam Raja Zaid
Raja Hisyam Raja Zaid
17/08/2018
10:30 MYT
Perusahaan belacan tarikan istimewa Kuala Perlis
Kuala Perlis, selain menjadi lokasi penggemar makanan laut dan pelabuhan pilihan untuk menaiki feri ke Langkawi, ia juga terkenal dengan perusahaan belacan. -Astro AWANI
Jika anda ke Perlis pastinya anda terbayangkan kelazatan mangga harumanis yang dikatakan eksklusif di negeri Indera Kayangan itu.
Namun mungkin tidak ramai yang menyedari wujud satu lagi tarikan yang tidak kurang menarik di negeri ini iaitu industri pembuatan belacan.
Kuala Perlis, selain menjadi lokasi penggemar makanan laut dan pelabuhan pilihan untuk menaiki feri ke Langkawi, ia juga terkenal dengan perusahaan belacan.
Rata-rata pengunjung yang singgah di kawasan ini pasti tidak melepaskan peluang untuk membeli hasil tangan buatan istimewa penduduknya.
Susulan populariti belacan Kuala Perlis, maka tidak hairanlah premis perusahaan kecil dan sederhana belacan ada di merata ceruk di sekitar kawasan ini.
Belacan Kuala Perlis.
Belacan Kuala Perlis.
Mendekati pengusaha belacan di Kuala Perlis, kebanyakannya sudah menjalankan perniagaan ini sejak sekian lama.
Menurut salah seorang pengusaha, Atira Marzuki, produk belacan di sini mempunyai keistimewaan tersendiri. Resipi utamanya ialah udang geragau segar terus dari jeti berhampiran.
Dengan kemudahan lokasinya yang dekat dengan jeti Kuala Perlis selain bekalan yang sentiasa ada, maka tidak hairanlah ada pengusaha yang mampu mengeluarkan produk belacannya sehingga mencecah ratusan kilogram sehari.
“Sehari dalam 200 kilogram, sebulan RM2,000, pekerja 14 orang,” kata seorang lagi pengusaha, Che Saudah Hamzah.
Belacan Kuala Perlis.
Belacan Kuala Perlis.
Namun, sejak kebelakangan ini, timbul rungutan daripada pengusaha belacan di sini berikutan kos pengeluaran yang saban hari meningkat.
Dilema yang dihadapi pengusaha ialah pada masa sama mereka tidak boleh menaikkan harga produk.
“Sekarang ni harga mahal, masalahnya ialah bekalan udang; kalau tak buat tu sebab tak ada bekalan udanglah,” katanya.
Belacan Kuala Perlis.
Belacan Kuala Perlis.
Kebanyakan pengusaha di sini bernasib baik kerana sebahagian besar daripada mereka boleh dikatakan pernah mendapat bantuan, baik daripada segi khidmat nasihat, peralatan mahupun kewangan.
Sebagai golongan yang terlibat dalam perniagaan kecil dan sederhana, bantuan seperti itu cukup bermakna buat mereka.
Dalam keadaan landskap semasa politik negara, dasar-dasar mungkin berubah namun cabaran semasa bagi pengusaha kecil seperti mereka tetap perlu didepani dan diberikan perhatian.
Bagi mereka inilah sumber pendapatan bagi membesarkan anak cucu mereka yang mungkin akan meneruskan legasi sedia ada.
Topic Berkaitan
#Atira Marzuki
#belacan
#Harumanis
#kawasan industri
#Kuala Perlis
#makanan laut
#perusahaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan