Anggota perwakilan DAP yang layak mengundi dalam pemilihan semula Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) parti itu membantah pelantikan Grant Thornton, sebuah firma audit bebas yang berpangkalan di Amerika Syarikat, bagi mengendalikan proses pemilihan semula parti itu.
Bekas Pengerusi DAP Cawangan Bagan Luar G. Asoghan mempersoalkan mengapa DAP melantik sebuah firma audit bebas di Amerika Syarikat sedangkan di Malaysia terdapat banyak firma audit bertauliah selain ia akan melibatkan kos pembayaran yang tinggi.
"Parti DAP ini di Malaysia bukannya di Amerika Syarikat. Jadi, mengapa melantik firma audit yang berpangkalan di Amerika Syarikat. Di Malaysia ada banyak firma audit. Kita tidak mahu firma audit dari Amerika Syarikat ini. Firma audit ini siapa yang pilih? Jika DAP yang pilih kami ahli-ahli dan perwakilan membantah pelantikan ini," katanya pada sidang akhbar, di sini hari ini.
Pada Sabtu lepas, Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) bersetuju dengan pelantikan Grant Thornton oleh DAP bagi mengendalikan proses pemilihan semula CEC parti itu yang dijangka pada 12 Nov ini.
Asoghan berkata sebelum ini pihaknya ada mengemukakan cadangan beberapa buah firma audit bebas seperti Deloitte, Pricewaterhouse Coopers dan Ernst.
"Perwakilan juga ada kuasa untuk memilih firma audit bebas bagi mengendalikan pemilihan semula CEC parti. Mereka (DAP) mesti faham bahawa kami mahu pemilihan yang telus," katanya.
Sementara itu, Asoghan sekali lagi menggesa DAP mengemukakan senarai penuh nama 2,576 anggota perwakilan yang layak mengundi berserta nombor kad pengenalan mereka untuk disiarkan dalam akhbar pelbagai bahasa.
Beliau berkata sehingga hari ini pihaknya masih menunggu jawapan daripada DAP untuk mempamerkan senarai nama perwakilan dari cawangan dan negeri termasuk firma bebas yang dilantik oleh parti itu.
"Kami ahli-ahli dan perwakilan hanya hendak DAP mengikut arahan RoS pada pemilihan tahun 2012. Kami hendak DAP memberitahu kami tarikh, tempat, senarai calon CEC, senarai perwakilan sah mengikut 865 cawangan dan 2,576 anggota perwakilan pada 2012.
"DAP sudah banyak buang masa dan menuding jari kepada RoS. Adakah DAP sengaja hendak memperbodohkan rakyat Malaysia ke atas kesalahan sendiri?" katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Oct 09 2017
Bekas Pengerusi DAP Cawangan Bagan Luar G. Asoghan mempersoalkan mengapa DAP melantik sebuah firma audit bebas di Amerika Syarikat. -Astro AWANI
Fokus Minggu Depan: Apa seterusnya untuk Syria?
Prof Dr Kamaruzaman Yusoff, Profesor Adjung Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya
Lubang benam di Jalan Lojing-Gua Musang kerana faktor cuaca - Alexander
Kejadian lubang benam di laluan FT185 Seksyen 78.60 Jalan Lojing-Gua Musang berhampiran Kampung Jekjok, Pos Brooke, ekoran cuaca buruk.
Taufan terburuk dalam 100 tahun landa Mayotte, Perancis
Taufan kuat, 'Chido', melanda Mayotte pada awal Sabtu dan menimbulkan kebimbangan mengenai skala kemusnahan daripada ribut terburuk yang melanda wilayah luar dari Perancis dalam tempoh hampir satu abad, kata pihak berkuasa.
Angka korban meningkat kepada 44,930
Angka korban rakyat Palestin akibat serangan tidak berperikemanusiaan Israel di Semenanjung Gaza meningkat kepada 44,930 orang dengan 106,624 yang lain dilaporkan cedera.
Tindakan SAPP taktik tuntut lebih banyak kerusi - Ronald
Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Sabah, Datuk Seri Ronald Kiandee berharap Parti Maju Sabah (SAPP) yang mengumumkan keluar komponen itu, tidak lagi bergantung kelangsungannya dengan menjadi ADUN dilantik.
Mengingatkan pelantikan Presidennya Datuk Seri Yong Teck Lee ke jawatan itu atas ihsan PN pada 2020, Kiandee berharap agar Yong Teck berfikir semula sebelum menyatakan PN tidak wajar bertanding dalam PRN Sabah nanti.
Mengingatkan pelantikan Presidennya Datuk Seri Yong Teck Lee ke jawatan itu atas ihsan PN pada 2020, Kiandee berharap agar Yong Teck berfikir semula sebelum menyatakan PN tidak wajar bertanding dalam PRN Sabah nanti.
Pindaan Perlembagaan lebih inklusif, adil kepada semua pihak
Pindaan Perlembagaan PKR yang memberi peluang keterlibatan sama rata dalam proses pemilihan parti dilihat lebih inklusif dan adil kepada semua pihak.
Pindaan perlembagaan parti iltizam luaskan peranan wanita
Ketua Wanita Pusat PKR, Fadhlina Sidek menyambut baik pindaan perlembagaan PKR melibatkan fasa 17.2, 17.2A dan 17.2B yang dilluluskan dalam Kongres Khas parti itu pada Ahad.
PKR tingkat jumlah perwakilan bagi 6 jawatan tertinggi parti
PKR meminda Perlembagaannya dengan meningkatkan jumlah perwakilan yang akan mengundi bagi enam jawatan tertinggi parti serta 20 anggota Majlis Pimpinan Pusat (MPP).
Jenayah dalam talian: Kesedaran orang ramai perlu ditingkatkan - Teo Nie Ching
Rakyat juga perlu diingatkan bahawa mereka turut memainkan peranan dalam melindungi diri daripada jenayah dalam talian.
UMNO tidak terima, benar ahli lompat parti - Asyraf Wajdi
UMNO menegaskan tidak menerima atau membenarkan mana-mana ahli parti melakukan tindakan lompat parti, termasuk dalam Kerajaan Perpaduan.
CEC seru tiada lagi pihak persoal pendirian DAP
Young Syefura Othman menyeru semua pihak sama ada kawan atau lawan agar tidak mempersoalkan asas perjuangan dan pendirian parti itu mengenai perkara-perkara asas dalam perlembagaan.
DAP pilih barisan CEC baharu, pengganti Guan Eng untuk hadapi PRU15
Guan Eng tidak boleh dipilih semula ke jawatan itu setelah mencapai had maksimum tiga penggal namun dijangka mempunyai pengaruh yang kuat.
DAP tidak akan bekerjasama dengan pemimpin kleptokrat - Guan Eng
DAP menegaskan bahawa tidak akan bekerjasama dengan UMNO melainkan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) parti itu membuat keputusan sebaliknya.
Pilihan raya Taiwan: Lebih 19 juta dijangka keluar mengundi
Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya Pusat (CEC), terdapat lebih 19.31 juta pengundi berdaftar akan mengundi di 22 bandar dan daerah.
DAP tunggu Ronnie Liu jawab surat tunjuk sebab
Menyifatkan kenyataan Liu sebagai tidak bertanggungjawab, Chong berkata pihaknya akan meneruskan proses sepatutnya berhubung isu itu.
"Saya terima pingat kerana hormati Yang Dipertua Negeri Melaka" - Tey
"Saya terima pingat Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM) kerana menghormati anugerah yang diberikan oleh Yang Dipertua Negeri Tun Dr Mohd Khalil Yaakob," kata Pengerusi DAP Melaka, Datuk Tey Kok View.
Zakir Naik setuju debat dengan Ramasamy, dengan syarat...
Zakir Naik meletakkan beberapa syarat termasuk sesi debat itu mesti diadakan secara terbuka.
ROS diminta siasat pemilihan semula CEC DAP
Pemilihan semula CEC DAP yang diadakan pada 12 Nov lalu diminta disiasat semula kerana dipercayai tidak mematuhi undang-undang ditetapkan.
Pendaftaran PH, saya tidak campur tangan - TPM Ahmad Zahid
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menegaskan beliau tidak akan masuk campur dalam hal operasi Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS).
Bekas anggota DAP dakwa tiada lagi demokrasi dalam parti
Mereka juga hairan berhubung tiada tindakan disiplin diambil terhadap Lim mengenai isu itu selain turut dilanda pelbagai kontroversi termasuk kejadian tanah runtuh di Tanjung Bungah.