awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pesakit buah pinggang dijangka meningkat sehingga 106,000 orang menjelang 2040 - Dr Noor Hisham

Astro Awani
Astro Awani
13/03/2021
06:37 MYT
Pesakit buah pinggang dijangka meningkat sehingga 106,000 orang menjelang 2040 - Dr Noor Hisham
Noor Hisham Abdullah berkata, pada ketika ini terdapat 40,000 pesakit yang sedang menjalani rawatan dialisis. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Bilangan pesakit buah pinggang di seluruh negara dijangka meningkat sehingga 106,000 orang menjelang tahun 2040.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Noor Hisham Abdullah berkata, pada ketika ini terdapat 40,000 pesakit yang sedang menjalani rawatan dialisis.
Daripada jumlah itu katanya, 30 peratus adalah pesakit berusia di bawah 45 tahun.
"Kajian mendapati 8,000 pesakit baharu disahkan pada tahun 2018.
"Trend ini meningkat saban tahun. Jika ia berterusan maka jumlah pesakit yang perlu dialisis akan mencecah 106,000 pada 2040," katanya ketika merasmikan Hari Buah Pinggang Sedunia Peringkat Kebangsaan 2021 secara maya di sini hari ini.
Ekoran itu, kata Dr Noor Hisham, kerajaan menerusi perkhidmatan nefrologi Kementerian Kesihatan (KKM), Persatuan Nefrologi Malaysia dan Yayasan Buah Pinggang Kebangsaan Malaysia melaksanakan pelbagai kempen kesedaran seperti aktiviti kesedaran awam dan ujian saringan.
Lebih membimbangkan, Pengerusi Yayasan Buah Pinggang Kebangsaan Malaysia, Datuk Dr Zaki Morad Mohamad Zaher mendedahkan, kebanyakan pesakit yang dikesan menghidap penyakit itu ketika buah pinggang mereka telah rosak hampir 90 peratus.
"Kajian mendapati 61 peratus pesakit baharu yang memerlukan rawatan dialisis menghidap diabetes manakala 16 peratus lagi menghidap tekanan darah tinggi berpunca daripada tabiat pemakanan dan gaya hidup tidak sihat," jelasnya lagi.
Topic Berkaitan
#Noor Hisham Abdullah
#Kementerian Kesihatan
#ujian saringan
#buah pinggang
#diabetes
#Persatuan Nefrologi Malaysia
#Yayasan Buah Pinggang Kebangsaan Malaysia
#dialisis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan