awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mesej Krismas Raja Charles: Tekankan perpaduan dalam kepelbagaian komuniti
Turkiye tahan 115 suspek Daish rancang serangan tahun baharu
Jangan lihat kuasa pengampunan Agong daripada kaca mata politik, kehendak massa semata-mata - Pakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pesara guru kerugian hampir setengah juta diperdaya 'ejen kurier'

Bernama
Bernama
07/12/2023
13:41 MYT
Pesara guru kerugian hampir setengah juta diperdaya 'ejen kurier'
Kejadian berlaku pada 15 Nov lepas apabila mangsa menerima panggilan daripada individu menyatakan ada bungkusan mengandungi barang terlarang yang didaftarkan atas namanya. - Gambar hiasan
SEREMBAN: Seorang pesara guru kerugian RM480,000 selepas diperdaya individu menyamar sebagai ejen sebuah syarikat kurier yang mendakwa kononnya mangsa mempunyai bungkusan mengandungi bahan terlarang.
Ketua Polis Daerah Seremban ACP Arifai Tarawe berkata kejadian berlaku pada 15 Nov lepas apabila mangsa wanita berusia 56 tahun menerima panggilan daripada individu menyatakan ada bungkusan mengandungi barang terlarang iaitu buku cek dan kad pengenalan yang didaftarkan atas namanya.
"Mangsa berasa lebih takut apabila diugut akan dikenakan tindakan undang-undang oleh pihak berkuasa sekiranya tidak mengikuti arahan individu berkenaan.
"Dia seterusnya mengikuti segala arahan individu itu dengan menekan pautan yang diberikan dan turut berkongsi maklumat akaun bank miliknya bagi tujuan menyelesaikan masalah tersebut," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Arifai berkata mangsa yang kemudian berasa curiga dengan urusan tersebut membuat semakan akaun bank dan mendapati ada pengeluaran wang daripada akaun miliknya sebanyak RM480,000 sebelum membuat laporan polis semalam.
Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
Justeru, Arifai mengingatkan orang ramai untuk tidak mudah percaya kepada pihak yang menyamar sebagai agensi kerajaan atau penguat kuasa secara dalam talian selain segera membuat semakan dengan polis supaya tidak menjadi mangsa penipuan.
*Untuk berita terkini, ikuti kami di WhatsApp Astro AWANI
Dapatkan berita terkini mengenai penipuan di Malaysia di sini
Topic Berkaitan
#lubuk scam
#pesara guru
#pesara kerajaan
#mangsa scammer
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan