awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis buka kertas siasatan pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan
Ringgit melonjak: Ahli ekonomi jangka mata wang tempatan mungkin kembali ke paras 3.82
Tiga ADUN Perlis tergugur jawatan diminta pulangkan segera aset kerajaan negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pesara guru rugi lebih setengah juta ditipu syarikat pelaburan emas

Bernama
Bernama
19/11/2024
13:45 MYT
Pesara guru rugi lebih setengah juta ditipu syarikat pelaburan emas
Azli Mohd Noor berkata wanita berumur 59 tahun itu telah mula melabur dalam syarikat berkenaan sejak hujung tahun 2021. - Gambar fail/Bernama
KUALA TERENGGANU: Seorang pesara guru berputih mata selepas wang simpanan peribadi dan pencen sebanyak RM570,000 lesap ditipu syarikat pelaburan jual beli emas.
Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu ACP Azli Mohd Noor berkata wanita berumur 59 tahun itu telah mula melabur dalam syarikat berkenaan sejak hujung tahun 2021 selepas menjadi anggota sebuah koperasi terkenal di negara ini yang aktif menjalankan kerja-kerja kebajikan dan menaja program-program keagamaan.
Beliau berkata sebagai anggota koperasi itu, pesara berkenaan ditawarkan menyertai pelaburan jual beli emas dengan pulangan tinggi yang diuruskan anak syarikat koperasi tersebut, dan didorong supaya membuat bayaran modal bagi tujuan membeli emas dengan dijanjikan keuntungan tinggi.
"Dalam tempoh Disember 2021 hingga Julai 2022, wanita itu telah membuat 17 kali pindahan wang berjumlah RM620,000 ke dua akaun berbeza atas nama anak syarikat koperasi berkenaan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Azli berkata dalam tempoh tersebut wanita yang berasal dari Kuala Nerus itu hanya menerima hasil keuntungan pelaburan sebanyak RM50,000 dan selepas menyedari ditipu, dia telah membuat laporan polis.
Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pelaburan
#emas
#pesara guru
#syarikat koperasi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan